Rentakan Jiwa: Bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya dengan MPL Malaysia

By Mike Hayate | May 12, 2021

Kuala Lumpur: Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba esok, MPL Malaysia menyatukan para pemain, keluarga dan juga peminat-peminat dengan inisiatif #CloserTogether. Nilai murni Hari Raya dapat dikongsi bersama detik kegembiraan bersama keluarga dan meraikannya dengan orang tersayang.

Namun, dalam situati pandemik sekarang, it telah menyukarkan komuniti MPL Malaysia untuk menyambut perayaan bersama keluarga tercinta. Oleh itu, MPL Malaysia telah melancarkan sambutan perayaan secara virtual untuk pemain, peminat dan keluarga dalam #CloserTogether.

 

Rapatkan hubungan silaturrahim bersama

Saksikan video Hari Raya istimewa ini meceritakan pemain dari Todak bersama ayahnya mengenai pentingnya hubungan rapat di antara keluarga. Dengan cita-cita mengejar impian di dalam e-sukan, “Aziq” yang mempunyai watak yang sedikit sukar untuk berkomunikasi dengan ayahnya yang tidak faham tentang industri e-sukan.

Insiden apakah yang terjadi untuk mereka lebih rapat dan memahami antara sesama sendiri?

MPL Malaysia juga akan menganjurkan kempen Hari Raya di media sosial bersama pasukan-pasukan MPL Malaysia.

Para peminant boleh mendapatkan ‘Ampau Raya Virtual’ eksklusif dari pasukan dengan menyertai misi di lawan web Kempen Hari Raya | Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia. 

Kempen ini sudah bermula pada 10 Mei hingga 14 Mei ini dan peserta boleh memenangi ‘skin in-game’ eksklusif yang akan dihantar terus kepada akaun pemain.

Para peminat juga digalakkan untuk menghantar mesej Hari Raya kepada pasukan kegemaran masing-masing melalui Facebook sepanjang kempen ini berlangsung. Peminat bertuah jugak boleh memenangi ‘Ampau Raya’ fizikal dari pasukan kegemaran mereka.

Anda boleh layari Facebook MPL Malaysia untuk maklumat lanjut.