Sibuk main game, tak ada masa nak bersihkan rumah? Jom usha robot vakum dari HETCH ini

By Hazril Md Nor | May 17, 2021

Biasalah kalau dah tiba waktu Hari Raya, rumah mesti ada berhabuk ataupun kotoran. Kadang-kadang kita lupa bila sakan beraya, sampai tak ada masa nak bersihkan seluruh kawasan rumah.

Lagilah bila kita sibuk main game dekat PC, malasnya nak bersihkan bilik! 

Sampaikan kita sanggup berhabis masa main game berjam-jam dan tak bersihkan bilik yang berdebu dan berhabuk. Mesti anda terfikir cara mana paling sesuai untuk bersihkan bilik (yang penting cepat dan jimat duit).

Dengan adanya HETCH Robotic UV Cleaner dan Mop, anda boleh luangkan masa main PlayStation 4 (atau 5) dan PC bersama-sama keluarga dan biar robot vakum ini ‘buat kerja’!

Yang bestnya, harga asal adalah RM759 tapi harga pelancaran adalah RM399 saja di Wowshop termasuklah hadiah percuma. Klik di sini untuk beli!

Antara kelebihan produk ini berbanding yang lain, ia mempunyai ciri-ciri menarik:

  • Menghilangkan habuk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar dan serangga. 99.8% berkesan membunuh kuman dan bakteria.
  • Ia juga mempunyai sensor jadi ia mudah untuk bergerak di kawasan rumah
  • Sistem pembersihan tiga peringkat – sapu, vakum dan mop dengan sekaligus bagi memastikan lebih banyak kotoran dan habuk dihilangkan.
  • Beberapa mod turut disertakan
  • Sehingga 100 minit masa pembersihan bagi memastikan seluruh kawasan rumah dibersih dengan menyeluruh.
  • Ia kecil (64mm) jadi lebih mudah mencecah kawasan yang sukar dicapai seperti di bawah perabot.
  • Apabila kehabisan bateri, ia akan ke dok pengecasan automatik.
  • Jimat masa untuk bersihkan rumah dan anda boleh luangkan masa bersama keluarga.

Apa yang ada di dalam kotak:

  • 1x HETCH Robotic UV Cleaner dan Mop
  • 1x Dok pengecasan automatik
  • 1x kabel USB pengecasan
  • 1x alat kawalan jauh
  • 2x berus tepi
  • 1x berus kecil
  • 1x pad mop mikrofiber