BlizzCon tahun ini dibatalkan

By Mike Hayate | May 27, 2021

BlizzCon merupakan konvesyen yang diadakan setiap tahun. Namun Blizzaard Entertainment membatalkan BlizzCon tahun ini disebabkan pandemik COVID-19 sama seperti tahun lepas.

“Blizzcon memerlukan persiapan amat besar yang membabitkan masa berbulan-bulan untuk dilancarkan. Malah bukan untuk Blizzard sahaja tetapi untuk semua kolaborasi bersama seperti pemain profesional e-sukan, hos, penghibur, artis dan semua kolaborasi yang lain untuk konvesyen global ini,” kata Saralyn Smith, pengeluar eksekutif BlizzCon.

Konvesyen global ini akan dibuat pada tahun depan secara maya seperti BlizzConline yang telah diadakan pada Februari lepas. Blizzard akan mengumumkan lagi apa-apa berita baru pada masa hadapan.