Tips penting sebelum memulakan penstriman permainan video

By Mike Hayate | June 8, 2021

Penstriman permainan video tidak asing lagi untuk semua yang bermain permainan video. Tapi anda tidak tahu untuk bermula di mana? Adakah anda serorang yang lucu? Adakah personaliti anda sesuai untuk menjadi seorang streamer permainan video?

Ini tips mudah untuk mulakan penstriman permainan video anda:

1. Cari niche permainan video anda

Think Gaming Content Is Niche? Think Again

Salah satu kesilapan pertama untuk bermula penstriman permainan video adalah semua orang hendak strim permainan video yang paling popular dan hanya yang popular. Penstriman sebenarnya lebih kepada cara anda berkomunikasi, mengekalkan penonton anda. Cuba pilih permainan video yang boleh menarik minat orang ramai.

Tidak semestinya permainan video popular sahaja. Kita perlu sedar dengan had orang yang melihat strim permainan video kita. Cuba tarik mereka dengan permainan video yang bukan dalam arus populariti tetapi cukup untuk menunjukkan anda boleh menarik orang ramai.

2. Jadi seorang yang unik

These 10 small cities are great for gamers - MarketWatch

Antara cara untuk menarik perhatian orang adalah menjadi unik, menarik, konsisten dan jelas. Cuba terangkan apa yang anda sedang buat ketika bermain permainan video.

Apa strategi anda ketika bermain sesuatu permainan video. Lama kelamaan anda akan dapat membentuk formula untuk mendekati penonton anda.

Apa yang anda rasa anda ada tetapi orang lain tiada?

3. Keperluan asas penstriman permainan video.

How to Start Streaming: Comprehensive Guide – Restream Blog

  • PC, Konsol, Peranti Pintar – Sudah semestinya anda perlu mempunyai alat-alat untuk penstriman. PC anda mestilah mempunya spesifikasi yang cukup untuk penstriman. Strim adalah antara benda yang berat untuk sebuah PC. Cuba periksa keupayaan PC anda dahulu. Konsol dan Peranti Pintar mudah untuk memulakan penstriman. Anda mungkin memerlukan beberapa penambahan sahaja untuk memulakan strim anda.
  • Kamera – Kamera atau webcam juga antara keperluan yang penting untuk mulakan penstriman permainan video. Tetapi jika anda tidak mahu untuk menunjuk muka, personaliti perlu menjadi tarikan utama.
  • Mikrofon – Mikrofon anda tidak semestinya perlu mahal. Hanya perlu mikrofon yang cukup baik untuk pendengar anda.
  • Internet – Internet yang mempunyai keupayaan muat naik yang baik. Penstriman video memerlukan muat naik yang baik untuk menjanjikan kualiti strim yang baik untuk penonton anda. Ingat tidak semua orang mempunyai internet yang baik. Untuk permulaan anda boleh menggunakan resolusi strim yang rendah seperti 720p atau 480p.
  • Aksesori tambahan – Penambahan seperti pencahayaan mahupun gree screens juga dapat membantu anda untuk penstriman berkualiti.

4. Balajar OBS/Streamlabs OBS 

Comparison] Best Casino Streaming Software: OBS vs Streamlabs OBS

Open Broadcaster Software (OBS) atau cuma dikenali sebagai OBS merupakan perisian percuma untuk semua orang merakam dan juga menjadi pelantar untuk menunjukkan permainan anda kepada orang lain samada di Twitch, Facebook Gaming mahupun Youtube.

Streamlabs OBS pula merupakan versi yang dikhaskan untuk para gamer. Kedua-dua jenis OBS ini adalah sangat berguna. Jadi pilihlah yang sesuai untuk anda.

OBS pada awalnya agak mengelirukan tetapi ia tidak sesusah yang disangka. OBS dapat membantu anda untuk menunjukkan kemahiran anda bermain permainan video kepada dunia. Jangan lupa untuk membuat kajian dan jugak bertanya kepada rakan-rakan anda yang lain yang tahu mengenai OBS ini.

5. Pilih pelantar penstriman anda

Antara yang paling popular adalah Twitch, Youtube Gaming, dan Facebook Gaming.

Twitch – Merupakan pelantar yang paling besar dan popular di dunia. Penonton anda akan merangkumi penonton global. Jadi berbahasa Inggeris adalah bahasa yang paling sesuai untuk pelantar Twitch. Mungkin pelantar ini agak menakutkan akibat penontonnya yang majoriti berbahasa inggeris. Tetapi dengan praktik anda akan lebih selesa dan sudah semestinya meningkatkan keupayaan berbahasa inggeris anda. Twitch juga sesuai untuk streamer yang ingin menyertai penstriman global.

Youtube Gaming – Dahulu mungkin tidak sepopular Twitch, Youtube Gaming kini menjadi antara pelantar yang komunitinya agak ramai terutamanya di Malaysia sekarang. Selain dari penstriman anda juga boleh muat naik video permainan anda di laman Youtube sendiri. Youtube Gaming mempunyai kelebihan sambil menyelam minum air.

Facebook Gaming – Nyata antara pelantar paling popular di Malaysia. Dengan kemudahan Facebook, ramai menggunakan pelantar ini untuk kesenangan mencari penonton baharu. Bahasa mungkin tidak akan menjadi masalah. Kerana ramai sahaja streamer yang berbahasa melayu di Facebook Gaming. Cuma, anda mungkin perlu mencari permainan video yang tidak terlalu popular untuk membina komuniti anda sendiri.