Berehat dan kembali bertenaga bersama KitKat Chunky dengan menyertai University e-League

By Mike Hayate | June 14, 2021

Kuala Lumpur: Kitkat Chunky kini diumumkan sebagai penaja utama dan Power Up official partner bagi University e-League untuk musim pertama ini. Kolaborasi ini membolehkan KitKat Chunky menjejak langkah ke litar e-sukan untuk institusi pengajian tinggi yang dinanti-nantikan di Malaysia.

KitKat menunjukkan usaha mereka sebagai penaja dengan menawarkan peluang menarik kepada gamers dan peminat e-sukan di seluruh negara. Reputasi KitKat sebagai makanan ringan coklat yang sesuai untuk waktu berehat pasti akan ‘meningkatkan’ pengalaman dan prestasi permainan.

“Memang sukar untuk kita menyedari dan mengakui pentingnya waktu rehat apabila kita diselubungi dunia yang terus maju dan berkembang dengan pantas. KitKat Chunky sedar akan cabaran yang harus dilalui oleh gamers muda Malaysia; bukan hanya dalam permainan, tetapi juga kehidupan sebagai seorang gamer secara umum – itulah sebabnya KitKat Chunky ingin memainkan peranan untuk menggalakkan pengambilan waktu rehat yang dapat dinikmati dan memberi sedikit ketenangan yang amat diperlukan oleh pemain-pemain ini sambil mendorong mereka untuk mencapai impian merek,”, kata Tiffany Tan, Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan Confectionery di Nestlé (Malaysia) Berhad.

Adrian Gaffor, Ketua Perkembangan Perniagaan di University e-League berkata, “Kami sangat gembira kerana mendapat KitKat Chunky sebagai Power Up official partner untuk University e-League. Sejajar dengan visi dan misi UEL, kami berbesar hati berganding bahu dengan jenama ini dalam perjalanan kami memperkasakan pemain muda dan mencipta peluang yang bermakna bagi gamers dan peminat e-sukan di Malaysia.”

University e-League akan membuka pendaftaran bermula hari ini yang mana pemain boleh merebut hadiah berjumlah RM20,000. Liga ini akan menampulkan permainan seperti DOTA 2, League of Legends: Wild Rift dan Mobile Legends. UEL akan terdiri daripada dua peringkat pertandingan; Kelayakan dan Peringkat Akhir akan diadakan 9 Julai – 15 Ogos 2021 ini.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai UEL di laman sesawang ini atau @UeLMY di Facebook.