The Medium kini hadir ke PS5 pada 3 September ini

By Mike Hayate | June 17, 2021

The Medium adalah permainan psikologikal seram dari Bloober Team. Permainan video ini akan hadir ke pelantar PS5 pada 3 September ini.

Versi PS5 ini akan menggunakan kesemua kelebihan Dualsense controller. Tetapi setakat ini masih belum ada pengumuman bagaimana DualSense akan mempengaruhi permainan anda.

The Medium pada asalnya sudah dilancarkan di Xbox Series X dan S, dan di PC melalui Game Pass, Steam, dan the Epic Games Store.

Ia menceritakan mengenai sesuatu medium spiritual dengan nama Marianne yang perlu melalui sebuah hotel yang ditinggalkan pada tahun 90-an untuk mengetahui mengenai kuasanya.