Tekken x Street Fighter terpaksa dibatalkan

By Mike Hayate | June 21, 2021

[KEMASKINI] Terdapat kesalahan terjemahan dalam video. Ia bukan dibatalkan tapi dihentikan pembangunannya seketika.

Capcom pernah mengeluarkan Street Fighter x Tekken sembilan tahun lepas dengan kolaborasi Capcom dan Bandai Namco.

Malangnya peluang untuk mendapat Tekken X Street Fighter tidak tercapai. Tekken X Street Fighter telah menjadi salah satu pelan untuk Bandai Namco, namun projek ini telah mati apabila hanya mencapai 30% siap sahaja. Hal ini diumumkan ketika sesi episod Harada’s Bar  yang disertakan sarikata.

Katsuhiro Harada dan Kouhei Ikeda  (Direktor Tekken 7) mengumumkan perkara ini.

“Kami betul-betul bekerja keras untuk meneruskan projek ini.”

“Kami juga telah mempunyai model-model yang sangat cantik, Saya betul-betul ingin menunjukkan Chun-Li. Jikalau boleh semua karakter.” ujar Harada dengan penuh nada yang sedih dan kecewa.

Kedua-kedua pemaju Tekken X Street Fighter juga ada bercakap tentang beberapa hal seperti mempunyai animasi dan pergerakan untuk Akuma. Masalah Street Fighter yang dimiliki Capcom juga ada berbangkit kerana mereka tidak boleh membuat permainan video ini tanpa bantuan Capcom.

Mungkin projek ini akan kembali lagi pada masa akan datang atau ia akan terkubur selamanya.