Friday the 13th: The Game Akan Mempunyai Ciri Baru Dan Engine Update

By Hazril Md Nor | April 25, 2018

Masih ingat Jason? Friday the 13th: The Game akan mempunyai update terbaru yang memfokuskan big engine yang dibangunkan oleh Gun Media dan IllFonic tapi update itu takkan datang bulan ni.

Ia akan membuatkan game ini dimainkan dalam versi baru Unreal Engine. Selain itu, pemain boleh harapkan ciri baru seperti Single Player Challenges, Victoria, kemajuan AI Bot, pertukaran senjata, Legendary Perks dan lain-lain. Mereka juga berkata akan menyelesaikan masalah lain termasuk bug dan glitches sebelum mengeluarkan update terbaru ini.

Bagi yang dah melihat video itu pastinya susah untuk bezakan apa yang berubah dalam dua versi ini. Mungkin mereka yakin grafik akan jadi lebih baik tapi Nixon menjawab, ia bukan berkaitan perubahan grafik. Pemain akan perasan game ini kelihatan sikit gelap untuk membuatkan pemain lebih menggunakan lampu suluh. 

Ramai juga yang menggesa developer meletakkan lebih banyak perhatian kepada model karakter tapi dari segi positifnya, lebih banyak ciri baru diperkenalkan dan atmosfera lebih gelap adalah untuk menyokong kadar frame yang lebih tinggi.

Sumber: Comicbook