5 MMORPG yang wajib anda cuba tahun ini

By Mike Hayate | June 29, 2021

Apa itu MMO? MMO merupakan akronim daripada Massively Multiplayer Online. Terdapat ratusan malah ribuan permainan MMORPG dalam dunia ni.

Tidak lupa yang popular seperti World of Warcraft, Phantasy Star Online 2 dan lain-lain.

Dalam MMORPG anda selalunya akan memulakan pengembaraan dari awal sehingga karakter anda cukup kuat untuk berlawan bos-bos yang boleh dikatakan sangat susah.

Tetapi penat keringat usaha anda untuk menjadi kuat selalu menjadi antara sebab ramai org sentiasa mencari MMORPG untuk dimain.

5 MMORPG yang wajib anda cuba tahun ini:

1. Rift

Rift kini membawa kepada tsunami baru dalam dunia MMO dengan keunikannya sendiri.

Anda boleh bermain bersama rakan-rakan anda untuk berlawan mempertahankan dari serangan luar.

Tidak lupa juga class system yang boleh dikatakan penuh dengan penyesuaian yang luas.

Rift juga penuh dengan pelbagai quest untuk dimain sentiasa akan memberi anda ganjaran jika anda berusaha untuk menjadi kuat.

 

2. STAR WARS: THE OLD REPUBLIC

Dunia dalam galaksi yang jauh ini adalah antara tema paling sesuai untuk MMO. Star Wars: The Old Republic mempunyai lapan kelas untuk dipilih yang dibahagikan antara Empire dan Republic.

Setiap kelas juga mempunyai penceritaan sendiri yang penuh dramatik. Anda boleh menjadi Jedi Knight yang bersumpah untuk melawan kejahatan Sith atau menjadi Sith Inquisitor untuk memasuki era politik galaksi di dalam Star Wars.

Permainan video ini adalah percuma untuk dimain dan sebarang bayaran adalah dalam bentuk langganan dan kosmetik.

 

3. EVE ONLINE

Eve Online merupakan permainan MMO dan simulasi di angkasa lepas. Anda akan mempunyai sebuah kapal mahupun armada perang sendiri untuk menyerang planet ataupun pemain lain.

Permainan MMO ini boleh menjadi game yang akan makan gunakan banyak masa anda. Malah dalam Eve Online pernah terjadi perang besar-besaran yang memakan masa berminggu-minggu untuk habis.

Walaupun Eve Online bukan permainan yang mudah untuk bermula sebagai pemain baru, tetapi penat lelah anda untuk belajar pasti akan menjadi kepuasan kelak dalam Eve Online.

4. ALBION ONLINE

Albion Online menjadi antara permainan dalam talian yang terus membuat anda masuk ke PvP.

Anda perlu sentiasa berhati-hati daripada diserang oleh orang lain. Walaupun sistem loot drop Albion Online boleh mengurangkan motivasi anda untuk bermain tetapi dengan kesabaran anda boleh bersama-sama guild anda untuk mencapai sesuatu di dalam permainan ini.

Albion Online mungkin menjadi pilihan anda apabila anda antara orang yang malas untuk mengembara dan mencari pelbagai sumber untuk menjadi kuat.

Sebaliknya Albion Online akan terus menjadi antara MMORPG yang fokus besarnya ialah PvP.

5. FINAL FANTASY XIV

Final Fantasy XIV pada mulanya mendapat kritikan yang hebat kerana permainan ini boleh dikatakan agak teruk. Tetapi Square Enix berjaya mengembalikan semula permainan ini daripada terkubur dengan pasukan baru dan membuat semula Final Fantasy XIV dari awal.

Hasilnya? Final Fantasy XIV kini menjadi antara permainan MMORPG paling popular dan besar di dalam dunia. Terutama sekali apabila anda adalah peminat siri Final Fantasy.

Dengan pemilihan kelas yang fleksible anda boleh menukarkan kelas anda ke mana-mana kelas yang lain dengan hanya menukar senjata.

Dengan kemas kini terbaru seperti Endwalker, FFXIV mempunyai beberapa kelas baru malah instances dengan bos-bos baru yang pasti lebih susah.

Jangan lupa cuba Final Fantasy XIV secara percuma dan anda kemudian boleh membuat keputusan untuk terus bermain permainan video ini dengan langganan bulanan.

MMORPG akan sentiasa menjadi antara permainan video yang pasarannya sentiasa akan wujud untuk para peminat genre ini. Cuma yang kita tidak tahu, adalah tempoh sesuatu MMORPG itu dapat bertahan.

Jika MMORPG itu sentiasa menjadi pilihan dan popular untuk semua, tidak hairanlah MMORPG seperti World Of Warcraft dan RuneScape yang menjadi antara permainan MMORPG lama dan masih dimain oleh ramai orang di serata dunia.