Magic Legends akan ditutup Oktober ini

By Mike Hayate | June 30, 2021

Magic Legends akan ditutup Oktober ini selepas beberapa bulan sahaja melalui beta terbuka pada hujung Januari lepas. Penutupan ini akan dibuat walaupun masih belum dilancarkan lagi secara rasmi.

Magic Legends gagal untuk menarik perhatian peminat Magic walaupun mendapat penerimaan baik semasa pengumuman.

Namun pemain-pemain Magic Legends dikecewakan dengan masalah prestasi, masalah grinding dan paling memalukan masalah kewangan in-game shop.

A still frame from the CGI trailer for Magic: Legends. A lone woman wielding an axe, aided by a friendly griffin, attacks a group of armored demons before a pristine castle on a hill.

Rata-rata pemain di reddit mengatakan permainan video ini tidak menyeronokkan. Musuh dalam permainan ini tidak mampu untuk membuat apa-apa.

Untuk mendapat Experience yang dihalang oleh tutorial yang dipaksa main. Tutorial yang ada pula penuh dengan masalah pemahaman dengan dialog yang tidak boleh dipintas.

Permainan juga dirasakan berulang sehingga pemain akan cepat bosan melakukan benda yang sama.

Dari sudut kewangan pula, permainan ini menggunakan in-game microtransaction yang boleh dikatakan agak tamak.

Semua pemain yang telah membeli apa-apa barang dari in-game shop akan mendapat semula wang mereka.

Magic Legends nyata mempunyai banyak masalah yang boleh dilihat. Perkara ini sudah pasti jarang berlaku apabila permainan video terpaksa ditutup sebelum pelancaran rasmi. Setakat ini kita masih menunggu sebarang informasi baru dari Perfect World.