Marvel Future Revolution nampak macam superhero versi Genshin Impact

By Taib Mohamed | July 1, 2021

Dengan perbezaan yang semakin pudar antara permainan mudah alih dan konsol, peminat mudah alih Marvel hanya perlu menunggu sedikit masa sebelum dapat merasai pengalaman supehero berkualiti tinggi seperti permainan The Avengers oleh Square Enix.

Genshin Impact membuktikan pemain mudah alih boleh merasai pengalaman aksi-RPG dunia terbuka (open-world), dan ianya langkah yang tepat untuk Marvel Universe memperkenalkan Marvel Future Revolution.

Dibintangi oleh barisan karakter yang dikenali dunia, jalan cerita asal dan grafik 3D yang berkualiti tinggi, Marvel Future Revolution akan memberi keasyikan kepada pemain dengan dunia terbuka yang mempesonakan.

Dibangunkan oleh Netmarble Monster, Marvel Future Revolution merupakan gandingan kedua antara Netmarble dan Marvel Entertainment dan merupakan kesinambungan permainan mudah alih yang cukup terkenal, Marvel Future Fight, yang telah dimainkan oleh lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.

Marvel Future Revolution bermula apabila banyak Bumi berkumpul di multiverse untuk membentuk ‘Bumi Utama’ yang baru, yang dipenuhi dengan zon dan misi unik untuk diterokai. Ini sama seperti Battleworld yang dilihat dalam Secret Wars dalam komik.

Sebagai ejen yang baru dibentuk iaitu pasukan Super Hero ‘Omega Flight’, pemain akan bekerjasama untuk menentang serangan Super Villains dan mempertahankan ‘Bumi Utama’ yang sentiasa mendapat ancaman.

Sekarang, terdapat lapan Super Hero yang boleh dimainkan termasuk Captain America, Captain Marvel, Spider-Man, Black Widow, Iron Man, Doctor Strange, Star-Lord dan Storm.

Setiap hero akan dilengkapi dengan koleksi kostum ikonik daripada kesemua Marvel Universe, dengan pilihan yang luar biasa iaitu dengan 400 kombinasi kostum setiap hero yang boleh dipilih.

Memanfaatkan Sistem Skuad, pemain Marvel Future Revolution akan mendapat peluang untuk menaiktaraf dan bermain sebagai karakter baru.

Pemain juga akan mengambil bahagian dalam pelbagai mod PvP (pemain menentang pemain), daripada perlawanan 1 vs 1 hingga 10 vs 10 antara pemain level tinggi. Dengan pemain semakin maju, kandungan multi-pemain akan dibuka, termasuk Blitz, SPecial Operation, Raids dan pelbagai lagi.

Marvel Future Revolution akan tersedia untuk peranti iOS dan Android sebagai free-to-play pada separuh kedua tahun ini. Pra-pendaftaran global kini dibuka di App Store dan Google Play. 

Pemain yang bersetuju untuk menyertai ‘Omega Flight’ akan menerima pelbagai ganjaran menarik pada hari pelancaran. Ikuti akaun rasmi Youtube, Twitter, Facebook dan Twitch milik Marvel untuk mengetahui informasi terkini. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.