Review: Resident Evil: Infinite Darkness

By Taib Mohamed | July 1, 2021

Walaupun pelbagai ikhtiar daripada Resident Evil pada layar besar atau kecil meninggalkan banyak yang diharapkan, siri anime Netflix Infinite Darkness merupakan satu langkah yang berada di laluan yang tepat.

Sementara rancangan ini berdasarkan permainan zombie popular yang telah ada selama lebih dua dekad, Infinite Darkness telah melakukan apa yang kebanyakan siri adaptasi permainan telah gagal iaitu, menyampaikan cerita yang dirasakan organik dan lebih daripada menyampaikan semula cerita daripada permainan dalam medium berbeza.

Walaupun waktu layar yang berbeza bagi antara protagonis, dan beberapa penyampaian yang sedikit lemah, dan animasi watak sampingan yang sedikit lemah, Infinite Darkness cukup bagus untuk berfungsi lebih dari sekadar montaj pembunuh zombie dan tambahan yang baik untuk keseluruhan cerita Resident Evil secara substansial.

Setiap empat episod dengan waktu tayangan sekitar 30 minit, Infinite Darkness mempunyai fokus yang jelas, jalan cerita berbeza, tetapi saling berkaitan antara satu sama lain dalam cara yang menarik.

Meskipun begitu, walaupun anda tidak perlu main permainan ini untuk memahami dunia zombie dan penuh konspirasi, siri ini bukanlah permulaan terbaik kerana latar masa yang diambil: dikatakan berlaku antara latar masa Resident Evil 4 dan Resident Evil 5 dan dibintangi Leon S. Kennedy dan Claire Redfield (protagonis daripada Resident Evil 2).

Plot

Plot Infinite Darkness fokus pada penyiasatan Leon terhadap usaha menggodam yang penuh misteri berlaku di White House, mengakibatkan pencerobohan zombi di Executive Mansion.

Sementara, Claire, kakitangan di sebuah organisasi hak asasi kemanusiaan di suatu sudut dunia berbeza, menemui satu lukisan kanak-kanak yang menggambarkan serangan zombi. Perhubungan antara dua peristiwa ini adalah yang mengikat episod Infinite Darkness bersama dan menemukan Leon dan Claire beberapa kali, walaupun mereka menyiasat secara persendirian.

Sementara siri ini dibuat antara antara dua siri permainan Resident Evil yang penuh aksi, jangan menjangkakan Infinite Darkness sebagai sebuah rancangan yang penuh dengan aksi pembunuhan zombie tanpa henti.

Hakikatnya hanya beberapa zombie dan bio-weapon yang dibunuh sepanjang empat episod, tetapi cukup dimanfaatkan sebahagian besar peluang dengan aksi yang luar biasa.

Daripada babak penuh aksi dan pembunuhan zombie, plot siri ini bergerak menggunakan  dialog, yang merupakan satu penambahbaikan yang besar berbanding penulisan yang kurang berkualiti seperti filem-filem Resident Evil yang lalu sama ada animasi ataupun aksi nyata.

Ianya membantu membongkar rahsia dan konspirasi tanpa memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai permainan ini. 

Resident Evil: Infinite Darkness mampu bersinar kerana ia mempamerkan emosi dan kesan senjata bio ini ke atas manusia, dan menunjukkan emosi Leon yang berusaha dan bertahan selepas serangan yang berlaku di Racoon City.

Di sini menunjukkan beberapa kelemahan siri filem-filem sebelum ini – Resident Evil: Degeneration, Damnation dan Vendetta – kerana kurangnya nilai ini. Hal ini kerana, filem-filem ini terlalu sibuk mereka semula pengalaman ala permainan yang hanya boleh ditonton, dan lemah dalam penyampaian plot dan cerita.

Kekurangan

Malangnya, apa yang menjadikan Infinite Darkness kurang memuaskan kerana kurangnya memberi impak yang cukup mendalam. Ini kerana kurangnya babak suspens atau perubahan dramatik. Antaranya terdapat babak yang sudah menunjukkan siapa watak antagonis sedari awal. Tetapi Infinite Darkness ada memenuhi kekurangan ini dengan latar belakang dan asbab disebalik motif watak antagonis tersebut.

Pelakon 

Pelakon suara yang melakonkan suara Leon dan Claire di Resident Evil 2 Remake, membawa semula watak mereka di dalam Infinite Darkness dan membawa watak dengan cukup baik berbanding filem animasi Resident Evil sebelum ini. Lakonan suara watak tambahan juga memberikan lakonan yang baik, walaupun terdapat beberapa babak yang kurang memuaskan.

Kerja animasi sangat bagus di sebahagian besar siri ini kecuali watak Presiden Amerika Syarikat – di mana lakonannya dan pergerakannya agak janggal – seperti patung aksi plastik, berbanding watak lain. Keseluruhan, Infinite Darkness memberikan kualiti yang konsisten dari segi pergerakkan dan ekspresi muka watak-watak, dan pergerakkan mulut selari dengan suara pelakon.

Kesimpulan

Keseluruhannya, siri ini diisi dengan perjalanan cerita yang tidak gopoh sepanjang dua jam waktu siaran keseluruhan, tetapi ketika menghampiri penghujung cerita, ianya seperti sedikit tergantung. Walaupun anda pernah bermain Resident Evil 5 dan tahu bagaimana kesinambungannya, anda masih perlu memikirkan kemana siri ini hendak pergi. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.