BioWare mengesahkan tiada Mass Effect atau Dragon Age di EA Play

By Taib Mohamed | July 2, 2021

BioWare mengumumkan syarikat itu tiada sebarang perancangan bagi permainan mereka – termasuk siri seterusnya Mass Effect dan Dragon Age 4 – di EA Play Live 2021.

BioWare berkongsi berita ini di Twitter mereka, menyatakan mereka bekerja keras untuk permainan yang cukup-cukup dinantikan ini, dan peminat diminta untuk menunggu sedikit lebih masa untuk melihatnya.

“We’re hard at work creating the next @dragonage and @masseffect games and have some exciting stuff coming to @SWTOR this year,” tulis BioWare. “While we won’t be showing anything at EA Play Live, be sure to check out our SWTOR Livestream at 12PM PT today for info on what’s to come!”

Walaupun kemungkinan dengan ketiadaan Mass Effect atau Dragon Age, EA ada mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan empat acara di EA Play Live Spotlight Series menjelang pertunjukan EA Play Live pada 22 Julai.

Barisan panel ada menyebut ‘The Future of First-Person Shooters’, ‘EA <3s Independent Studios’, ‘Madden NFL 22 All-Access: Scouting’, dan ‘More EA SPORTS!’. Mereka akan menampilkan pelbagai permainan EA termasuk, Battlefield 2042, Apex Legends, Lost in Random dan pelbagai lagi.

Mass Effect terbaru secara rasmi ditunjukkan semasa The Game Awards 2020 dan walaupun hanya trailer pendek, ianya sudah memberikan peminat gambaran dan kemungkinan rupa seorang Asari yang merupakan Liara T’Soni. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.