Grand Theft Auto (GTA) 6 mungkin dilancarkan sekitar 2024 atau 2025

By Taib Mohamed | July 6, 2021

Pelbagai sumber menyatakan kemungkinan Grand Theft Auto 6 menyasarkan bakal dilancarkan sekitar 2024 atau 2025.

IGN melaporkan bahawa GTA 6 kini dalam proses pembangunan tahun lalu, tapi ianya adalah pembangunan fasa awal. Minggu lalu, individu dalam industri Tom Henderson, meletakkan 2024 atau 2025 sebagai tarikh pelancaran projek – satu garis masa yang dipersetujui oleh Jason Schreier dari Bloomberg dan Andy Robinson dari VGC.

Henderson menambah bahawa permainan itu akan menggunakan latar tempat di satu lokasi moden berdasarkan Vice City yang diinspirasi ala Miami dan peta permainan akan diubah dari masa ke masa seperti permainan Fortnite. Sudah tentu dengan semua khabar angin ini, semua perincian ini akan berubah dari masa ke masa.

Jika benar permainan ini akan tiba pada 2024, ianya berpotensi mewujudkan jurang 6 tahun dalam pelancaran utama Rockstar, berikutan pelancaran Red Dead Redemption 2 pada 2018 (walaupun Red Dead Online dilancarkan pada 2019). Ianya masih samar jika Rockstar bakal mengisi jurang itu dengan permainan baru, tapi kita tahu bahawa GTA Online dan GTA 5 akan ‘diperluas dan dipertingkat’ untuk konsol generasi baru pada 11 November tahun ini. 

Rockstar juga menjanjikan ‘kejutan’ berkaitan ulangtahun ke-20  pelancaran GTA 3 – dan yang berkaitan GTA Online. Kejutan ulangtahun itu akan tiba pada 22 Oktober, tetapi Rocktar masih tidak memberi gambaran bagaimana kandungan ulangtahun itu.

Walaubagaimanapun, GTA 6 akan menjadi yang pertama dalam sejarah permainan 3D yang tidak melibatkan Dan Houser atau Leslie Benzies sebagai sebahagian pasukan pembangunan. Kedua eksekutif itu dikatakan sudah memulakan studio baru, dengan kemunculan Absurd Venture in Game milik Houser dan Build a Rocket Boy milik Benzies.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Artikel asal boleh dibaca DI SINI.