Retrospektif: Kejatuhan Gigantic – permainan video ‘third person’ bercampur MOBA

By Mike Hayate | July 7, 2021

Hero shooter adalah genre yang menjadi perhatian ketika pertengahan 2010. Ramai pencipta permainan video beranggapan bahawa genre ini akan menjadi trend e-sukan yang akan datang nanti.

Kini kita tahu genre ini sudah menjadi sinonim dengan Overwatch, Paladins dan Team Fortress 2. 

Terdapat banyak lagi permainan video genre hero shooter ini. Ada yang telah mati dan ada yang masih baru dan cuba untuk menembusi pasaran.

Ini adalah cerita kejatuhan Gigantic yang menjadi antara hero shooter paling unik dihalang masalah pengeluaran yang agak lambat untuk ramai pemain di luar sana.

Gigantic

Gigantic adalah permainan video 5 lawan 5 di mana setiap pasukan akan mempunyai satu Guardian.

Guardian adalah seekor raksasa besar yang anda perlu jaga sepanjang perlawanan.

Raksasa besar Guardian ini juga bertindak sebagai payload dan base yang akan bergerak ke kawasan peta yang lain.

30+ games like Gigantic - SteamPeek

Apabila Guardian anda mengalahkan Guardian pihak lawan, anda akan menang. Tapi bukanlah mudah kerana ia mempunyai beberapa kelemahan perlu diserang terlebih dulu. 

Gigantic Beginner's Guide: Heroes, Guardians, and Creatures | Gigantic

Disebalik itu anda juga boleh memilih hero untuk berlawan bersama-sama Guardian anda.

Permainan ini mempunyai gaya seni yang unik dan sedikit macam kartun dengan penambahan cell shading dan gaya permainanya sangat lancar.

1. Masalah ketika pelancaran dan pembangunan Gigantic

Motiga Developer Profile

Gigantic diumumkan di 14PAX pada tahun 2014 dari pembina indie Motiga dan dibantu oleh James Phinney dari Starcraft dan veteran dalam industri Chris Chung. Ia mendapat dana sebanyak AS$20 juta untuk dibangunkan.

Pasukan pembina ini walaupun mendapat kewangan yang banyak dari pelabur namun dalam tahun pertama banyak wang sudah digunakan.

Microsoft datang untuk menyelamatkan projek ini dan melabur wang ke Motiga bagi melancarkan Gigantic ke Xbox One dan Windows 10.

Hal ini menyebabkan Gigantic ditunda setahun lagi ke 2015. Windows 10 pula pada ketika ini terkenal dengan banyak masalah untuk diatasi.

Motiga juga mahu melaksanakan beberapa maklum balas dari beta tertutup untuk tahun itu., Namun pada tahun 2016, Motiga sekali lagi menghadapi masalah kewangan. Ramai pekerja di Motiga dibuang kerja.

Apa yang lebih mengejutkan walaupun dibuang kerja ramai pembina Gigantic datang semula untuk meneruskan projek Gigantic.

Motiga meneruskan projek Gigantic selama sebulan tanpa apa-apa pelaburan dari luar.

Kemudian Perfect World Entertainment datang untuk menyelamatkan Motiga.

Masalah baru pula muncul. Apabila penerbit anda ditukar, jangkaan permainan video anda adalah leibh tinggi dari biasa.

2. Pembahagian pemain-pemain Gigantic di terlalu banyak pelantar

Disebalik pelancaran Steam, Xbox dan Microsoft Store; Perfect World mahu Gigantic dilancarkan di marketplace mereka sendiri iaitu Arc Games.

Ini membuatkan pemain-pemain Gigantic berpecah lagi jauh lagi apabila cross platform ketika ini tidak ada.

Pada tahun 2016, Gigantic dilancarkan dan apa yang lebih menyedihkan ketika ini, gembar-gembur Overwatch dan Paladins sudah boleh dibeli oleh orang ramai mengurangkan keterujaan (hype) kepada Gigantic.

Overwatch dan Paladins adalah permainan video yang sudah lengkap tetapi Gigantic masih dalam beta terbuka.

3. Penurunan jumlah pemain.

Gigantic akhirnya dilancarkan pada 2017 dan mempunyai jumlah pemain yang agak ramai iaitu sebanyak 15,000-20,000 ribu jumlah pemain.

Motiga juga aktif di semua platform media sosial dan juga beberapa naik taraf mingguan. Tetapi jumlah ini tidak berkekalan, pemain-pemain Gigantic berkurangan begitu sahaja.

Banyak pemain mencuba game lain seperti MOBA’s dan juga hero shooter yang lain seperti Overwatch atau Paladins.

4. Kurang insentif dan impak dalam Gigantic

Gigantic's first major update has added a new hero, winter cosmetics, and  tons of balance changes - Gamesear

Insentif yang diberikan untuk pemain bermain permainan ini untuk jangka masa panjang juga kurang.

Gigantic tidak mempunyai Mod Ranked walaupun sudah lama berada di dalam pembinaan. Ketiadaan Mod Ranked membuat pemain berasa tidak kompetitif dan cepat bosan.

Dari segi kewangan pula tidak banyak dibuat oleh Gigantic. Skins juga tidak banyak dan tidak memberi apa-apa insentif untuk menarik perhatian pemain.

Apa yang boleh dibeli hanyalah  founders bundle dengan harga RM120 yang tidak mempunyai banyak barang di dalamnya.

Motiga terlalu banyak menekankan cara permainan dari lebih cuba menarik perhatian pemain-pemain baru dan lama.

Hero-hero di dalam Gigantic juga kurang memberi impak apabila perlawanan yang sepatutnya mempunyai permainan yang laju bertukar menjadi mundar-mandir apabila damage yang dibuat oleh heronya memberi impak yang kurang. Permainan menjadi hanya kejar dan serang sehingga musuh mati.

5. Kejatuhan Motiga

Tidak sampai tiga tahun selepas keluarnya Gigantic, Perfect World Entertainment membuat pengumuman untuk menutup studio Motiga.

Gigantic juga tidak lagi akan disambung bermula Julai 2018.

Penerbit luar sangat tertarik dengan Gigantic kerana potensi e-sukannya. Tetapi Gigantic sangat sukar untuk dipromosikan ke pemain luar.

“Gigantic begitu unik dan lain dari yang lain. Tiada persamaan dapat dicari dalam permainan lain sekali gus menjadikan Gigantic sukar menambat perhatian pemain baru di luar sana,” ujar Carter McBee Pereka Permainan video Motiga. Dipetik dari temuduga Gigantic beberapa tahun lepas.

Konklusi

Pada masa pelancaran Gigantic,  Overwatch sudah menjadi permainan video hero shooter yang ‘meletup’ dan Overwatch League pula sedang berlangsung secara besar-besaran.

Gigantic pula tidak mampu membayar beberapa pertandingan e-sukan yang mereka sendiri anjurkan.

Permainan Gigantic sangat unik namun akibat pelancaran yang terlalu lambat dan bermasalah membuat ramai orang pergi lebih jauh dari Gigantic dan ke permainan hero shooter yang lain.