Mari belajar genre permainan video: Souls-like

By Mike Hayate | July 6, 2021

Kalau anda bermain permainan video, karakter anda pasti akan mati atau kalah akibat terkena serangan bos mahupun mahupun gagal mengalahkan raksasa yang anda lawan.

YOU DIED (HD) - YouTube

Banyak permainan video yang menggunakan konsep kematian berulang kali ini sebagai satu halangan dari meneruskan perjalanan anda sehingga ke penamat.

Seperti video di bawah kematian di dalam permainan video boleh meningkatkan tekanan darah anda.

Genre ini sememangnya mendapat perhatian sejak 10 tahun lepas dan ia makin popular apabila banyak permainan video mengetengahkan konsep ini.

Sebaliknya kematian yang dijadikan hukuman ditukar kepada pembelajaran untuk anda belajar mengenai permainan video tersebut. Hal ini merupakan komunikasi antara pencipta dan pemain.

Permainan video yang menggunakan konsep kematian ini dipanggil ‘souls-like‘.

Genre souls-like tidak akan wujud tanpa Hidetaka Miyazaki yang boleh dikatakan pencipta permainan video yang terkenal dengan permainan video yang penuh sadis seperti Dark Souls, Bloodborne dan lain-lain.

Hidetaka Miyazaki Says He Would Like One More Dark Souls Game Before  Retiring

Hidetaka Miyazaki ingin menghidupkan semula permainan video yang begitu mencabar kerana berasa industri permainan video sekarang kurang mencabar. Pada tahun 2009, Hidetaka dan pasukannya mengeluarkan Demon Souls. Permainan video ini kemudian disambung dengan Dark Souls.

Permainan Souls ini sentiasa dikenali dengan tahap kesusahan yang dikatakan tidak masuk akal pada mulanya.

Jikalau anda bermain permainan Souls anda pasti akan mati dengan banyak kerana musuh mempunyai pelbagai cara dan serangan yang tinggi untuk menewaskan karakter anda. Malah, jika karakter anda mati, anda perlu main dari checkpoint terakhir.

Apa yang menariknya kematian yang banyak ini adalah hal yang baik kerana jika anda mati di dalam permainan seperti ini anda akan belajar dari kesilapan anda. Malah, kepuasan mengalahkan sesuatu yang susah ini sukar untuk didapati dari banyak permainan video.

So I've Played Dark Souls III Now - GameRevolution

Anda perlu ingat tidak semua permainan video adalah souls-like. Walaupun permainan yang anda main itu mempunyai kepuasan untuk melepasi sesuatu halangan tidak bermakna ia adalah souls-like. Permainan seperti Cuphead bukan souls-like walaupun ia bukan permainan video yang mudah.

Cara berlawan di dalam souls-like menggunakan konsep belajar dari kesilapan. Di dalam Dark Souls, anda perlu kembali untuk mencari semula roh atau blood stain yang telah ditinggalkan oleh anda apabila anda mati.

Anda juga boleh melihat blood stain pemain lain dan belajar dari kesilapan mereka.

DARK SOULS 3 BLOODSTAIN - YouTube

Genre souls-like ini masih boleh dikatakan baru. Masih banyak lagi peningkatan yang boleh dibuat untuk genre ini. Lebih banyak pengeluar permainan video menambah konsep ini dan menjadikan permainan video mereka unik dari permainan yang lain.

Banyak inovasi yang boleh dilakukan lagi untuk memberi genre ini menjadi antara genre yang terkenal. Genre ini mungkin tidak akan menjadi tarikan untuk anda yang tidak sukakan permainan video ‘hardcore’ seperti ini.

Apa lagi permainan souls-like yang anda pernah main?