Mengumumkan Akshan: the Rogue Sentinel – champion baru League of Legends

By Mike Hayate | July 8, 2021

Riot Games mengumumkan Akshan: the Rogue Sentinel sebagai champion baru untuk dunia Runeterra.

Akshan adalah champion range dengan grappling hook sebagai senjatanya.

Pasif Akshan dari skill W adalah antara skill unik Akshan.

Akshan boleh menghidupkan semula pasukannya yang telah mati tanpa perlu menunggu masa respawn.

Apabila musuh membunuh salah satu champion di dalam pasukan, Akshan akan menanda musuhnya sebagai Scoundrel.

Ketika berlawan dengan musuh Scoundrel, Akshan akan mendapat bonus tambahan.

Apa yang lebih menarik rakan pasukan yang telah dibunuh oleh Scoundrel ITU akan terus hidup semula di fountain apabila Akshan berjaya membunuh Scoundrel.

Ini adalah kali pertama Riot menggunakan mekanik mati dan hidup semua di dalam League of Legends.

Selalunya di dalam League of Legends, mekanik seperti ini hanya kuasa untuk tidak mati bukan mengawal masa kematian.

Anda boleh melihat skill penuh Akshan di video dibawah.

Akshan juga boleh menembak ke dinding untuk menghayunkan dirinya di dalam Summoner’s Rift bagi memudahkannya untuk berlari dari musuh dan juga mengejar musuh.

Champion ini akan diumumkan untuk patch 11.15 bulan ini di klien Beta Terbuka.