FIFA 22: Tarikh pelancaran, bintang muka depan dan trailer permainan didedahkan

By Taib Mohamed | July 12, 2021

EA secara rasmi mengumumkan FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober ini dan penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappé menjadi bintang muka depan.

Tarikh pelancaran dan berita bintang muka depan turut disertakan bersama video permainan yang menunjukkkan HyperMotion Technology FIFA 22 terbaru. 

Teknologi baru ini membolehkan 22 pemain bola profesional bermain dengan intesiti yang tinggi. Penambahan ini adalah algoritma pembelajaran mesin hak milik EA, bagi membolehkan permainan mencipta “animasi baru dalam masa sebenar untuk pergerakan bola sepak yang organik dengan pelbagai interaksi di atas padang”.

FIFA 22 turut menyertakan kembali pelbagai mod, seperti Career Mode, VOLTA FOOTBALL, Pro Clubs dan FIFA Ultimate Team.

Permainan ini akan menyertakan lebih 17,000 pemain daripada lebih 700 pasukan di dalam lebih 90 stadium dan 30 liga. FIFA 22 juga akan menyertakan pertandingan seperti UEFA Champions League, EUFA Europa League, terbaru UEFA Europa Conference League, Premier League, Bundesliga, LaLiga Santander, CONMEBOL Libertadores dan CONMEBOL Sundamericana.

Peminat yang melakukan pra-tempah FIFA 22 Ultimate Edition pada 11 Ogos akan mendapat barangan FUT Heroes yang tidak boleh ditukar bermula 1 Disember. Edisi ini juga akan menyertakan empat hari akses awal, Dual Entitlement, mata FIFA dan banyak lagi.

FIFA 22 akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, PC via Origin dan Steam, dan Google Stadia. Manakala FIFA 22 Legacy Edition dilancarkan untuk pengguna Nintendo Switch.