DOTA2: Kesemua 18 pasukan untuk The International 10 kini rasmi

By Taib Mohamed | July 12, 2021

Pasukan OG, juara dua kali kejohanan dunia Dota 2 berturut-turut akhirnya mendapatkan tempat mereka di The International 1o dan ini menandakan kesemua 18 pasukan sudah ditemukan.

Kejohanan The International 10 sebelum ini ditunda pada tahun lalu kerana penularan pandemik COVID-19 dan kemudiannya dianjak lebih kehadapan selepas Sweden tidak mengiktiraf e-sukan sebagai sukan sebenar. 

10 pasukan yang dijemput adalah Evil Geniuses, PSG.LGD, Virtus.pro, Quicy Crew, Invictus Gaming, T1, Vici Gaming, Team Secret, Team Aster, Alliance, beastcoast dan Thunder Predator. Manakala pasukan yang mendapat kelayakan ialah Team Spirit, Fnatic, SE e-sports, Undying, Elephant dan OG.

Kejohanan ini menyediakan prize pool sehingga AS$40,018,195 (~RM170 juta) apabila crowdfunding dan pembelian Battle Pass berakhir pada hujung minggu lalu. 

Kejohanan ini dijangka akan diadakan pada Oktober tahun ini dengan peringkat kumpulan akan dimulakan pada 7 hingga 10 Oktober. Manakala, set playoff akan bermula pada 12 Oktober dan peringkat akhir dijadualkan pada 17 Oktober ini

Ini pula adalah nama-nama yang berkemungkinan besar layak untuk memenangi Aegis of the Champions untuk kali kedua dan kali ketiga.

The International 10 akan diadakan di Bucharest, Romania dan Arena Nationala adalah stadium terbesar di ibu negara Romania.