ROG Zephyruz M16 kini tiba di Malaysia

By Taib Mohamed | July 15, 2021

Asus kini tiba lagi dengan memperkenalkan siri ROG Zephyrus M16, sebuah laptop gaming dengan skrin 16 inci dan dikuasakan cip pemprosesan Intel terbaru di dalam casis ultra-nipis empat penjuru. Harganya bermula dari RM8,999.

ROG Zephyrus M16 didatangkan dengan skrin sebesar 16 inci dengan aspek ratio 16:10, yang digabungkan dengan resolusi WQHD dengan kadar segar semula 165Hz, waktu respons 3ms dan sokongan Adaptive-Sync. Selain itu, ia dilengkapkan dengan 100% DCI-P3 gamut warna yang mendapat pengesahan Pantone dan sokongan Dolby Vision.

Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan generasi ke-11, Intel Core i9-11900H untuk permainan yang lancar dan prestasi yang baik untuk pencipta kandungan. Keupayaan grafik laptop ini dikuasakan dengan pilihan kad grafik laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX3070.

Bagi pengalaman audio yang mantap, ROG Zephyrus M16 juga menampilkan enam pembesar suara yang di sokong teknologi Dolby Atmos, berserta mikrofon 3D untuk penangkapan audio yang lebih jelas dalam pelbagai jenis keadaan.  

Kesemua teknologi ini dimuatkan di dalam tubuh nipis senipis 19.9mm dan hanya berat 1.9kg dengan keupayaan bateri 90Wh yang berkuasa sehingga 10 jam playback video.

Anda boleh layari DI SINI untuk maklumat lebih lanjut.