Ubisoft berisiko besar hilang kakitangan sebab budaya kerja yang toksik

By Hazrul Md Nor | July 16, 2021

Kegagalan Ubisoft mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya sudah didokumentasikan dengan baik. Pada bulan Jun 2020, syarikat itu sudah mengeluarkan kenyataan berikutan begitu banyak tuduhan yang dikenakan terhadap eksekutif peringkat atasan.

Akan tetapi, menurut Universal Registration Document and Annual Financial Report Ubisoft, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Dalam seksyen yang berjudul “Risks,”, Ubisoft mendakwa pemergian bakat utama dan ketidakupayaan untuk menarik dan mengekalkan bakat yang ada mempunyai faktor risiko yang tinggi.

Selain itu, laporan itu ada juga mengatakan bahawa gerakan untuk mengecam tingkah laku yang dianggap melecehkan, toxic dan seksis sudah menyebabkan beberapa bakat utama hilang tanpa disangka-sangka. Seterusnya laporan itu mendakwa terdapat kerosakan pada imej Ubisoft sudah mempengaruhi daya tariknya terhadap bakat baru yang mungkin meningkat melalui industri ini.

Ahir sekali, Ubisoft mendedahkan bahawa mereka akan memperluas platform pemberitahuan maklumat dalamannya (Whistleblowing), yang mengirimkan tuduhan kepada perunding luaran bebas dan juga termasuk latihan wajib mengenai gangguan dan seksisme untuk setiap anggota pasukan.

Artikel berkaitan: Persekitaran kerja toksik, salah laku dan gangguan seksual di Ubisoft masih belum berubah?