Hasil Keuntungan Pasaran Permainan Mudah Alih Akan Mencecah USD70 Bilion Akhir 2018

By Hazril Md Nor | May 2, 2018

Dijangkakan keuntungan untuk pasaran permainan mudah alih akan mencecah USD70.3 bilion pada tahun ini, mengikut laporan terbaru dikeluarkan oleh firma yang juga penyelidik bagi pasaran global permainan video, Newzoo.

Mereka menjangkakan keuntungan akan meningkat sebanyak 25.5% tahun demi tahun dan merangkumi lebih 50% dari pasaran global permainan video apabila ia mencecah USD13.7 bilion tahun ini.

Telefon pintar merangkumi 80% (USD56.4 bilion) dari USD70.3 bilion dan 20% lagi datang daripada tablets.

Newzoo juga menjangkakan keuntungan dari telefon pintar akan terus meningkat laju dan mengatasi pasaran global bagi semua kategori permainan video (konsol, PC dan lain-lain) selepas mencecah USD106.4 bilion pada 2021. Tambahan, game di telefon pintar dan tablet membawa keuntungan bersama 59% dari keseluruhan pasaran.

Keuntungan meloncat naik ini pastinya membuatkan lebih ramai developer berlumba-lumba untuk membangunkan permainan mudah alih yang digilai ramai dengan konsep yang trendy. Sebagai contoh, Fortnite dan PUBG Mobile saja menjana lebih USD3.7 juta (Fortnite), USD700,000 juta (PUBG) selepas hanya dua minggu dilancarkan.

Honor of Kings, permainan mudah alih yang sangat popular di China (di Malaysia dikeluarkan sebagai Arena of Valor oleh Garena) kini mencatatkan USD1.9 bilion keuntungan dalam 2017 saja.

Sumber: Pocketgamer.biz