Acara kolaborasi Free Fire dan McLaren: Race to Ace

By Taib Mohamed | July 19, 2021

Kolaborasi Free Fire bersama McLaren kini bermula.

Sebaik sahaja pemain masuk ke dalam permainan, mereka akan disambut dengan pelbagai elemen kolaborasi di seluruh permainan. Antaranya, di lobi, pemain akan diperlihatkan garaj kereta bersama sebuah kereta hypercar hibrid pertama dunia, McLaren P1, bersama beberapa alatan mekanik dan tema-tema lain berasaskan McLaren. 

Pemain juga akan ditempatkan di stesen minyak McLaren di Spawn Island, di mana mereka berpeluang untuk memenangi emas dan berlian bersama hadiah-hadiah menarik yang lain. 

Bermula 23 Julai, pemain boleh log masuk untuk menyertai acara Race to Ace, di mana pemain akan menerima ganjaran-ganjaran menarik di setiap pusingan yang mereka lengkapkan. Mereka perlu lengkapkan sekurang-kurangnya 5 pusingan untuk memenangi hadiah utama. Mereka juga boleh terus berlumba dan lengkapkan lebih pusingan untuk lebih banyak hadiah.

Empat McLaren P1 akan tersedia untuk dipilih pemain, dengan skin Mantis akan diberikan secara percuma sebagai bonus login kumulatif. 

Jika mempunyai kereta kegemaran lebih daripada satu, pemain juga boleh menukar kereta semasa perlumbaan.

Selain mengumpul Chequered Flag untuk menambah kelajuan, jemput rakan-rakan anda untuk dapatkan boost kelajuan untuk pasukan anda di dalam perlumbaan.

Garena Free Fire boleh dimuat turun di Apple Apps Store dan Google Play Store.