Netflix memfokuskan permainan mudah alih, tidak akan meletakkan caj tambahan untuk permainan

By Taib Mohamed | July 21, 2021

Netflix mendedahkan pelbagai perancangan mengenai cabang permainannya termasuk bagaimana mereka tidak mengenakan caj tambahan ke atas mereka yang melanggan servis mereka untuk bermainan permainan. 

Netflix juga menyatakan, mereka akan memfokuskan permainan mudah alih untuk peringkat permulaan ini.

Mengikut surat yang dihantarkan kepada pemegang saham, Netflix menyediakan satu ruangan khas menerangkan mengenai usaha mereka di dalam servis permainan.

Mereka turut mengumumkan pelantikan eksekutif veteran permainan video Mike Verdu sebagai timbalan presiden pembangunan permainan Netflix.

Menurut Netflix, mereka menggambarkan permainan video sebagai kandungan terbaru, sama seperti pengembangan kepada filem original, animasi dan rancangan TV tanpa skrip.”

Selain itu, mereka turut menyatakan apabila permainan dilancarkan, ianya adalah “termasuk di dalam langganan Netflix tanpa caj tambahan sama seperti filem dan siri.”

Sementara itu, Netflix masih tidak mengumumkan tajuk atau permainan, tetapi mereka kini membangunkan permainan berdasarkan rancangan interaktif mereka seperti Black Mirror Bandersnatch dan pelbagai permainan Stranger Things. 

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.