PES dijenamakan semula sebagai eFootball, kini percuma

By Taib Mohamed | July 22, 2021

Konami dengan rasminya menjenamakan semula siri Pro Evolution Soccer sebagai eFootlball. Permainan bola sepak itu kini adalah digital sepenuhnya, free-to-play dan akan tiba di PS5, PS4, Xbox Series X/S, Xbox One dan PC pada musim luruh, diikuti versi mudah alih dan PC.

Ciri rentas platform akan tiba di semua platform pada musim sejuk tetapi pemain versi mudah alih memerlukan alat kawalan untuk bermain menentang pemain PC dan konsol.

https://youtu.be/Jzd7OpCHCi0

Langkah ini adalah selari dengan peralihan daripada FOX Engine daripada Konami kepada enjin baru yang dibina khas daripada Unreal 4. Secara amnya, semua versi permainan akan berfungsi sama dan kemungkinan PES Mobile akan ditukar secara berfasa.

Penerbit siri, Seitaro Kimura menyatakan, eFootball menyasarkan dengan mengambil pendekatan platform melalui kemaskini berkala, tidak pelu lagi pembelian tahunan setiap kali eFootball dilancarkan. Bahkan ianya adalah percuma dengan kemaskini tahunan untuk musim baru.

eFootball akan dilancarkan dengan perlawanan pameran dengan pilihan 9 kelab yang boleh dimainkan. Ia kemudian mungkin akan menjual mod lain sebagai DLC dan membolehkan pemain membayar untuk apa yang mereka mahukan.

Mengenai penambahan kelab lain, bagaimana mod eFootball berfungsi dan bagaimana mereka menjana wang melalui kaedah ini, masih lagi belum dinyatakan.

Walaubagaimanapun, Konami menyatakan permainan ini direka secara adil dan seimbang untuk semua pemain walaupun perubahan kepada model free-to-play dan kemungkinan akan disertakan ciri Battle Pass yang diberi nama sebagai Match Passes.

eFootball akan dilancarkan dengan ciri asas dengan mod lain, pasukan, platform dan ciri rentas platform tiba kemudian. 

Konami turut menyatakan banyak lagi pengumuman dan informasi mengenai eFootball akan didedahkan pada bulan Ogos kelak.