Tips Ejen Ali Agents’ Arena: memperkenalkan Ejen Mika, Ejen Roza dan Ejen Rudy

By Mike Hayate | July 23, 2021

Minggu lepas kami sudah memperkenalkan 3 Ejen iaitu Ali, Alicia dan Khai. Pada minggu ini mari belajar tips Ejen Mika, Ejen Roza dan Ejen Rudy pula.

Jom tengok apa kelebihan mereka bertiga kali ini.

Ejen Mika

Mika adalah tanker pertama untuk Ejen Ali Agents’ Arena.

Antara strategi terbaik untuk menggunakan Mika adalah mendapatkan zon tengah pada awal permainan.

Jangan lupa kombo Mika. Serangan ini nampak perlahan tetapi sangat kuat.

Mika menumbuk musuhnya dengan Mecha Armor dan mengenakan kombo 165/200/300 damage.

Perisai Mika adalah antara yang paling terbaik untuk mengawal zon di atas peta.

Mika menggunakan perisainya untuk menghalang segala projektil musuh dan mengurangkan serangan yang dikenakan sebanyak 40%.

Tapi berhati-hati kerana Plasma Shield akan mengurangkan penambahan nyawanya 50% dan memperlahankan dirinya.

Ultimate Mika dapat menolak musuh untuk jauh darinya dan juga baik untuk menolak musuh keluar dari zon.

Mika melakukan hentaman kuat ke tanah lalu mengenakan 550 damage terhadap musuh di sekelilingnya dalam AoE yang besar. AoE ini akan menolak musuh jauh dari Mika.

Ejen Roza

Roza adalah penembak tepat dalam cerita Ejen Ali. Dia juga antara DPS yang mempunyai serangan yang sangat tinggi.

Tetapi Roza menggunakan energy yang banyak untuk menembak ke arah musuh.

Serangan Roza sangat jauh dan melebihi skrin. Roza cuma perlu menahan butang menyerang untuk menyerang lebih jauh.

Roza menembak projektil yang kuat kepada sasaran, mengenakan 550 damage. Ia sangat laju dan sukar untuk musuh mengelak.

Ultimate Roza, Snipe Laser dari Roza adalah sangat kuat.

Berhati-hati dalam menggunakan Ultimate ini kerasa Roza tidak boleh bergerak ketika menembaknya.

Roza melancarkan pancaran merbahaya yang mengenakan 200 damage setiap 0.1 saat selama 1 saat. Musuh akan pegun selama 1 saat jika terkena.

Ejen Rudy

Rudy kini datang dengan serangan hendap. Ejen Rudy sangat bagus dalam mencuri kawasan zon.

Dengan teknik menghilangkan diri, Rudy dapat berlari atau menyerang hendap musuh.

Skill Rudy ini juga akan membuatnya bergerak dengan lebih pantas.

Rudy boleh menggunakan teknik menghilangkan diri dan tambah kelajuan sebanyak 40%. Dalam teknik ini Rudy tidak boleh disasarkan secara automatik. Penambahan nyawa dan caj Ultimate juga akan berkurang sebanyak separuh.

Rudy juga boleh membuat serangan jarak dekat dengan kombonya.

Serangan bertubi-tubi Rudy akan mengenakan 165/200/300 damage.

Ultimate Rudy dipanggil Shackle Blast. Serangan ini akan melengkung ke hadapan.

Jadi anda perlu berjaga-jaga kerana teknik ini sukar untuk mengena, namun jika mengena teknik ini adalah sangat kuat.

Rudy membaling belenggu kembar ke arah lawan. Setiap belenggu akan mengenakan 300 damage dan membekukan pergerakan selama 2 saat.

Setakat ini sahaja tips untuk Ejen Mika, Ejen Roza dan Ejen Rudy.

Nantikan lagi tips-tips akan datang untuk Ejen Ali Agents’ Arena.