Yu-Gi-Oh! kembali dengan 3 game baru

By Taib Mohamed | July 23, 2021

Yu-Gi-Oh! adalah salah satu siri Shonen Jump yang cukup popular di awal tahun 20-an seiring Naruto dan One Piece.

Konami baru-baru ini melalui siaran langsung ‘Yu-Go-Oh! Digital Next’ mendedahkan permainan terbaru Yu-Gi-Oh!, termasuk Yu-Gi-Oh! Master Duel dan Yu-Gi-Oh! Cross Duel.

Mereka juga menunjukkan Yu-Gi-Oh! Rush Duel dan kandungan baru untuk Yu-Gi-Oh! Duel Link bagi pengguna mudah alih dan PC.

Yu-Gi-Oh! Rush Duel dirancang akan dilancarkan di dalam bahasa Inggeris pada musim luruh di Nintendo Switch dan ia berdasarkan anime Yu-Gi-Oh! Sevens yang akan memperkenalkan spin terhadap format Yu-Gi-Oh! klasik. 

Yu-Gi-Oh! Master Duel pula membolehkan pemain baru dan lama untuk nikmati permainan kad Yu-Gi-Oh! yang cukup popular di dalam bentuk digital. Pemain daripada seluruh dunia boleh bersaing di dalam Duel kad yang terkumpul.

Tidak seperti tajuk-tajuk Yu-Gi-Oh! yang lain, Yu-Gi-Oh! Master Duel ialah berdasarkan permainan kad atas talian sepenuhnya dan ia dijanjikan sebagai permainan kad Yu-Gi-Oh! paling serba lengkap. 

Yu-Gi-Oh! Master Duel akan tiba seluruh dunia di PS5, PS4, Xbox Seires X|S, Xbox One, Nintendo Switch, Steam, iOS dan Android. Ini adalah Yu-Gi-Oh! pertama yang menyokong grafik 4K.

Manakala Yu-Gi-Oh! Cross Duel, ia ditambah dengan aksi pertarungan empat pemain. Maklumat lanjut bagi permainan ini akan diumum kelak dan kemungkinan akan dilancarkan bagi iOS dan Android seluruh dunia. 

Bagi Yu-Gi-Oh! Duel Link, Konami mengumumkan permainan itu bagi versi mudah alih dan PC sudah mencapai 140 juta muat turun dengan pemain duelis seluruh dunia sudah kumpul lebih 65 billion kad dan bersaing di dalam 6 billion Duels. 

Pemain permainan itu boleh menantikan ketibaan Yu-Gi-Oh! ARC-V World yang berasaskan manga dan siri anime dengan nama sama di dalam permainan itu kelak. 

Yu-Gi-Oh! Duel Link ini tersedia di iOS, Android dan Steam.