Tambahan peta baru dan penambahbaikan di permainan multiplayer Thailand, Home Sweet Home: Survive

By Taib Mohamed | July 28, 2021

Daripada permainan mini, Luigi’s Ghost Mansion di Wii U hingga Friday’s the 13th: The Game, berbilang pemainan tidak simetri menjadi salah satu cara untuk nikmati pengalaman seram bersama rakan-rakan. 

Home Sweet Home: Survive adalah permainan seram tidak simetri yang dibangunkan oleh pembangun Thailand, Yggdrazil Group Public, dengan seorang pemain, sebagai seorang Specter yang menakutkan, akan menghantui empat Survivor.

Permainan ini adalah tambahan terkini untuk siri Home Sweet Home, di mana dua permainan pertama mereka adalah permainan seram untuk pemain tunggal. Pelbagai mitos dan lagenda Thailand dipamerkan sebagai latar permainan ini.

Specter memerlukan strategi untuk memburu empat Survivor di seluruh peta, memastikan tiada yang meloloskan diri dan supaya tidak dibunuh oleh Survivor. Setiap Specter memiliki statistik dan kelebihan tersendiri, dengan cara memburu yang pelbagai.

Manakala, empat Survivor perlu bekerjasama untuk menewaskan Specter. Setiap pemain juga mempunyai kebolehan unik untuk menyokong antara satu sama lain dan menang dengan mengadakan pelbagai jenis ritual di seluruh peta untuk menghapuskan Specter.

Home Sweet Home: Survive boleh didapati dengan Akses Awal di Steam sejak  8 Februari tahun ini dan mendapat kandungan baru dengan kerap.

Selain keseimbangan semula karakter, kemaskini server dan pembaikan umum, penambahan terbesar bagi kemaskini terkini ialah, peta baru seperti peta Swamp dan kawasan baru yang berdasarkan sebuah hospital terbiar dan tempat pelupusan sampah.

Harap kita akan melihat lebih banyak kemaskini permainan ini pada bulan-bulan akan datang. Anda boleh merasai pengalaman Home Sweet Home: Sruvive, di Steam.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh layari SINI