Berlumba bersama The DeLorean, K.I.T.T atau Snoopy dalam ‘Hot Wheels Unleashed’

By Taib Mohamed | July 28, 2021

Menjelang pengumuman Nickelodeon All-Star Brawl akan datang, 2021 menjadi tahun untuk permainan video berlesen dan penampilan wajah baru di Hot Wheel Unleashed, menjadikan permainan ini perlu ada.

Hot Wheel Unleashed akan menampilkan 66 kenderaan termasuk beberapa rekaan original jenama terkenal sepanjang 53 tahun sejarahnya. Jenama original Hot Wheel seperti Boneshaker dan Twin Mill akan tersedia untuk peminat untuk dipandu.

Roster permainan yang menjadi ikon pop-culture, seperti Party Wagon daripada Teenage Mutant Ninja Turtle, Snoopy daripada Peanuts, K.I.T.T daripada siri NBC, Knight Rider dan Time Machine daripada Back to the Future. 

Bagi pemain yang ingin memandu kenderaan kegemaran masing-masing di jalan-jalan bandar hari ini dan litar-litar perlumbaan, Hot Wheels Unleashed akan menampilkan die-cast kegemaran, yang akan mewakili budaya kereta zaman lalu, kini dan masa depan.

Model klasik seperti Ford ‘Deuce’ 1932 dan Dodge Charger 1969, model moden seperti Audi R8 Spyder dan Honda S2000 dan hypercar dengan teknologi masa depan seperti Koenigsegg Jesko 2020 akan tersedia untuk buat pelumba-pelumba.

Kereta tambahan akan dibuka dengan bermain Hot Wheel Unleashed di dalam kesemua mod berbeza. Pemain boleh menaiktaraf kenderaan menggunakan Rarity System di dalam permainan dan boleh kumpul serta meleraikan kenderaan untuk tingkatkan prestasi kenderaan.

Trailer terbaru ini juga menunjukkan selingan rekaan baru Batmobile yang mungkin akan ditambah selepas permainan ini dilancarkan. Sistem Track Builder juga membuka banyak kemungkinan untuk DLC dan kandungan tambahan hasil buatan pemain.

Hot Wheel Unleashed dilancarkan di seluruh dunia pada 30 September di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.