Capcom melancarkan minyak wangi Resident Evil sempena ulang tahun ke-25

By Mike Hayate | July 28, 2021

Capcom mengumumkan tiga minyak wangi untuk tiga watak utama francais Resident Evil mereka.

Bersempena ulang tahun ke-25 Resident Evil, tiga minyak wangi berdasarkan Chris Redfield, Leon S. Kennedy dan Jill Valentine dilancarkan.

Resident Evil Announces Line of Themed Perfumes | CBR

 

Chris mendatangkan wangian dari bunga cengkih dan lada hitam untuk mengingatkan pengguna kepada kepahlawanan berlawan dengan zombi.

Leon pula membawa wangian sitrus untuk memberi kesegaran dan tampak lebih cool.

Jill pula dengan wangian kemanisan buah-buahan untuk melambangkan karakter yang pintar dan juga keadilan.

Capcom juga ada mengeluarkan beberapa wangian lagi dari francais yang lain seperti Devil May Cry, Ace Attorney dan juga Monster Hunter.