Pembangun Streets of Rage 4, Dotemu, kini dimiliki Focus Homes Interactive

By Taib Mohamed | August 6, 2021

Dotemu, pembikin Street of Rage 4 kini dimiliki oleh Focus Home Interactive (Vampyr, A Plague tale: Innocence).

Dalam satu sidang media yang diterbitkan Focus Home, bahawa syarikat itu mengumumkan sudah menandatangani kontrak pemilikan sebanyak 77.5% dalam saham Dotemu.

 

Dotemu, studio berpangkalan di Paris itu dikenali dengan membangunkan permainan gaya retro termasuk Street of Rage 4 dan peranan di dalam pembangunan semula Windjammers.

CEO Focus Homes, Christopher Nobileau pemilikan Dotemu akan memberi impak positif buat Focus Home.

Pembelian Dotemu membuktikan keputusan yang menguntungkan oleh syarikat Paris itu dengan pulangan AS$17.2 juta (~RM72.47 juta) pada 2020.

Dotemu kini dalam kerja Teenage Mutant Ninja Turtle: Shredder’s Revenge, yang akan dilancarkan untuk PC dan konsol. Permainan ini ialah permainan kerjasama 4 pemain, tempur skrol sisi dibangunkan oleh Tribute Games dan diterbitkan oleh Dotemu.

Dotemu juga menerbitkan Metal Slug Tactics, sebuah siri permainan strategik klasik.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.