RPG menjinakkan Dark Monster, Monster Crown, bakal tiba di konsol pada 12 Oktober

By Taib Mohamed | August 9, 2021

Ramai dalam kalangan kita yang membesar dengan permainan original Pokemon di Game Boy dan Game Boy Color yang laparkan kandungan lebih matang yang dalam masa yang sama tidak perlu patuhi tradisi yang dihormati oleh Game Freak.

Di sinilah di mana RPG, Monster Crown tiba dan memberikan peminat-peminat lama konsep yang baru.

Cerita Monster Crown berlatarkan Crown Island di mana ancaman muncul dalam bentuk wanita muda yang berniat jahat mencari kuasa. Ia atas tindakan anda dan raksana untuk melindungi Crown Island atau gagal.

Selain menangkap monster menggunakan bola istimewa, pemain boleh bekerjasama dengan monster untuk perlindungan. Dari sini, pemain boleh membiak dan menggabung lebih 200 monster untuk hasilkan monster tersendiri dan spesis yang lebih hebat.

Mengembara di sekitar Crown Island dengan raksasa sekutu untuk membongkar dunia kegelapan. Keputusan yang penting akan menanti pemain di penghujung pengembaraan mereka yang akan mengubah penghujung dan kisah pasca-permainan dengan drastik. 

Kemudian, pemain boleh bertarung secara atas talian dan berdagang dengan penjinak monster dari seluruh dunia, dalam pertarungan dengan baka monster istimewa tersendiri.

Monster Crown kini di dalam Early Access di Steam selama setahun dan telah menerima lebih 40 kemaskini sejak dilancarkan. Kemas kini ini termasuk 10 kandungan menambah bahagian cerita permainan, monster baru, ciri-ciri dan rantau baru. 

Bagi mereka yang menantikan versi konsol, Monster Crown akan tiba di Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One pada 12 Oktober, termasuk versi penuh di PC.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.