Rekaan Power Rangers AAA, permainan kerjasama dunia terbuka seakan Arkham Rangers didedahkan

By Taib Mohamed | August 9, 2021

Jason Bischoff, bekas pengarah pengguna produk global Saban Brands telah mendedahkan rekaan konsep bagi “permainan Power Rangers yang tidak pernah terjadi” yang diberi nama Project Nomad, sebuah permainan kerjasama dunia terbuka AAA, yang seakan-akan gaya permainan Batman: Arkhan Rangers.

Bischoff berkongsi di Twitternya untuk permainan yang mampu menangkap “tenaga, kerja berpasukan dan sejarah francais Power Ranger melalui lensa yang lebih segar.” 

Malangnya, projek ini tidak pernah dilancarkan.

Beliau kemudiannya berkongsi rekaan konsep bagaimana sasaran rekaan permainan ini, yang direka oleh ‘rakan lama’ termasuk Lineage, Carlos Dattoli, Jarold Sng dan ramai lagi.

Sementara perbincangan awal bersama pembangun dan penerbit adalah “menguntungkan” Bischoff menyatakan “akhirnya masa + perubahan besar dalam bisnes kami melihat perbincanngan sekitar Project Nomad semakin lemah. Perkara ini benar-benar berlaku! Industri ini dibina berdasarkan ‘apa yang mungkin berlaku’.”

Kita mungkin tidak pernah melihat versi Power Ranger seperti ini, Bischoff juga memperlihatkan kita rekaan permainan ini, termasuk “set yang menarik: Eltar, yang dikuasai, dibebaskan oleh sekumpulan Rangers dari seluruh kosmos.”

Bischoff juga mengacah bahawa banyak lagi yang akan dikongsi di masa akan datang.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI