Lab Rat, permainan teka-teki ala Portal, tiba di Xbox tahun depan

By Taib Mohamed | August 11, 2021

Lab Rat permainan teka-teki sains fiksyen satira terbaharu bakal tiba di platform Xbox Series X|S dan PC pada tahun depan. 

Selepas kemunculannya di strim ID@Xbox hari ini, Lab Rat merupakan permainan teka-teki menolak blok, dengan suasana ala Portal dan sedikit jenaka. Permainan ini direka sebagai sebuah permainan satira dengan bantuan pembelajaran mesin.

Pada awal pengumuman, Lab Rat akan dilancarkan hanya untuk platform PC, kini akan turut tiba di Xbox Series X dan S. Semua versi akan tiba pada 2022.

Seperti yang didedahkan semasa Gamescom tahun lalu, permainan ini akan menampilkan lebih 100 tahap yang direka untuk diserasikan dengan pelbagai genre.

Selain itu, melalui permainan ini, mereka akan meninjau setiap pemain secara berkala untuk pelbagai perkara – untuk kawalan AI yang lebih memahami manusia. Hasil tinjauan daripada pemain akan disusun dan dipersembahkan mengikut peredaran permainan. 

Anda kini boleh mendaftar untuk beta di SINI

Pembangun Lab Rat, Chump Squad sebelum ini melancarkan permainan teka-teki muzik, Kine.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.