SEM9.Gank – ManParang, Draxx, Bravo, Putra dan Wrydep

By Hazril Md Nor | August 11, 2021

Gank atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Yoodo Gank kini melangkah ke arena yang baharu dengan berkolaborasi bersama SEAGM, sebuah platform digital yang menyediakan tambah nilai bagi permainan dalam talian.

Dengan nilai perjanjian yang ditandatangani sebanyak RM 2 juta antara SEAGM dan Wulf Esports, pasukan ini akan bertanding di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSG musim keempat dan kejohanan PUBG Mobile akan datang di bawah nama SEM9.Gank.

SEM9 adalah sebuah inisiatif daripada SEAGM, iaitu sebuah organsiasi e-sukan yang melihat kejayaan dalam pasukannya seperti Wild Rift dan Free Fire.

Penambahan Gank pastinya mengukuhkan lagi organisasi ini dalam landskap e-sukan mudah alih.

SEM9. Gank akan dibarisi pemain-pemain lama iaitu:

  • Aiman “ManParang” Amirul sebagai kapten
  • Azim “Draxx” Ikromi sebagai fragger
  • Hakim “Bravo” Saddar sebagai rusher
  • Faizul “Putra” Iskandar Putra sebagai support 
  • Azim “Wrydep” Haris sebagai stand-in rusher.

Fawwaz “Soultan” Sehaimi akan membantu dari segi analisis dan bersama beliau adalah Agus “Hahagus” Amran yang akan kekal sebagai jurulatih.

Mereka akan bertanding di PMPL MYSG musim keempat pada hujung Ogos ini.

“SEM9 bermaksud SEAGM Esports Malaysia 9. Saya membayangkannya sebagai organisasi e-sukan yang akan terus berkembang dan menyokong serta menggilap bakat tempatan menjadi pemain profesional.

“SEM9 juga menyediakan platform dan peluang karier kepada bakat-bakat tempatan,” kata Tommy Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas SEM9.