5 permainan video survival paling susah setakat ini

By Mike Hayate | August 17, 2021

Permainan video kelangsungan hidup (survival) pastu menjadi antara salah satu genre permainan video yang kian popular. Survival sebenarnya tidak mudah namun ramai peminat genre ini bermain sebab suka merasakan cabaran.

Jadi jom kita tengok 5 permainan video survival paling susah setakat ini.

1. Escape from Tarkov

Escape from Tarkov adalah permainan hardcore survival FPS dengan elemen RPG di dalam kawasan perang Tarkov.

Mempunyai misi yang berseorangan dan juga bersama rakan seperjuangan.

Escape from Tarkov mempunyai sistem unik kecederaan yang lain dari yang lain seperti cedera di beberapa lokasi badan dan kecederaan ini akan mempengaruhi cara permainan anda.

2. Minecraft Hardcore Mode

Minecraft salah satu permainan video paling popular dalam dunia dan juga menjadi antara permainan video paling banyak terjual.

Ia sebenarnya tidak susah tetapi mod Hardcore menukarkan permainan ini menjadi antara mod paling susah untuk dimain.

Apabila anda mati satu dunia anda akan dibuang dan anda hilang semua barang-barang yang sudah dikumpul dan perlu bermula dari awal semula.

3. The Forest

The Forest mempunyai sistem Pemain lawan Persekitaran (PVE) yang sangat susah dan mengikut mod permainan anda.

Bukan senang untuk meneruskan kelangsungan hidup di dalam permainan ini. The Forest mempunyai AI penjahat yang sangat bagus.

Dari hanya terus menyerang mereka sebaliknya akan menunggu peluang, mengikut pemain, mencari tempat tinggal anda dan menyerang waktu anda tidak menjangkakannya.

4. Green Hell

Green Hell adalah permainan video survival di mana anda menjadi Jake Higgins yang berada jauh di dalam hutan Amazon.

Namun terdapat satu puak di dalam hutan itu dan isteri Jake Higgins, Mia berharap boleh berkomunikasi dengan mereka dan Mia pula hilang dari keselamatan bersama Jake.

Anda ditinggalkan keseorangan tanpa makanan dan peralatan untuk hidup serta perlu mencari jalan keluar sambil cuba menyelamatkan isteri anda.

5. 7 Days to Die

7 Days To Die adalah permainan video pasca kiamat zombi yang mempunyai tema survival.

Mengikut pelayan (server) apa yang anda main PVP mahupun PVE, lebih jauh anda pergi lebih susah permainan video ini. Anda perlu bertahan untuk berlawan dengan zombi-zombi selama tujuh hari.

Jumlah zombi terlalu banyak pasti akan membuatkan anda kelam-kabut ketika bermain.

Setakat ini sahaja antara permainan video survival yang paling susah setakat ini.

Apa lagi permainan video survival yang anda rasa susah dan patut ada dalam senarai ini?