Moonton umumkan acara kolaborasi Mobile Legends bersama Transformers

By Taib Mohamed | August 13, 2021

Moonton melalui laman Twitter mereka, telah mengumumkan satu acara kolaborasi istimewa bersama francais Transformers. 

Acara Mobile Legends x Transformers ini akan menampilkan pelbagai konsep skin istimewa di dalam aset permainan yang bertemakan Transformers, antaranya Johnson “Optimus Prime” dan X-Borg “Megatron”. Melalui ciapan itu juga mereka menunjukkan sebuah trailer sinematik akan ditayangkan pada 14 Ogos ini.

Tarikh bagi acara Mobile Legends x Transformers ini masih belum lagi didedahkan bila akan berlangsung. Tetapi terdapat ura-ura yang menyatakan ianya akan berlangsung bermula 24 Ogos nanti.

Sebelum ini, Mobile Legends pernah berkolaborasi bersama francais Star Wars dengan mendatangkan skin khas, iaitu Cyclops sebagai Master Yoda dan Argus sebagai Darth Vader.

Sumber: GamingonPhone