Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Z Flip3 5G diumumkan di Samsung Unpacked

By Taib Mohamed | August 13, 2021

Ini adalah tahun ketiga selepas generasi pertama teknologi skrin boleh lipat buatan Samsung diumumkan. Pada acara Samsung Unpacked kali ini, mereka mengumumkan Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Samsung Galaxy Z Fold 3 5G

Peranti ini didatangkan skrin 7.6″ QXGA+ AMOLED 120Hz dan skrin luar 6.2″ AMOLEH HD+ 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 888, memori 12GB RAM dan pilihan storan sehingga 512GB. 

Ia juga dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas sehingga 25W, dan nirwayar 11W serta pengecasan berbalik 4.5W.

Kamera pula didatangkan dengan kamera 3 kamera 12MP – kamera lebar, ultra lebar dan telefoto. Manakala kamera luar bersaiz 10 MP dan kamera dalam 4MP yang menggunakan teknologi kamera di dibawah skrin.

Peranti ini juga adalah peranti pertama yang dilengkapi piawaian kalis air iaitu IPX8. Selain itu, ia juga menyokong stylus S-Pen Fold Edition.

Samsung Galaxy Z Fold 3 5G bagaimanapun masih belum ditawarkan di Malaysia dan tiada lagi harga rasmi.

Samsung Galaxy Z Flip 3 5G

Bagi Samsung Galaxy Z Flip 3 5G pula, ia didatangkan dengan skrin 6.7″ Dynamic AMOLED 120Hz, skrin luar bersaiz 1.9″ Super AMOLED, cip pemproses Sandragon 888 5G, memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. 

Ia didatangkan dengan dua kamera utama iaitu kamera lebar 12MP dan kamera ultra lebar 12MP. Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera lebar 10MP.

Ia dimuatkan bateri bersaiz 3,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W dan pengecasan nirwayar 9W.

Namun, Z Flip 3 5G tidak menyokong penggunaan stylus S-Pen. Di Malaysia, ia juga masih belum mendapat harga rasmi.

Selain dua peranti ini, Samsung juga memperkenalkan beberapa produk lain seperti siri Samsung Galaxy Watch4 dengan cip Exynos terbaru serta sistem operasi yang menggabungkan Tizen dan Wear OS. 

Turut diperkenalkan ialah Samsung Galaxy Buds 2, iaitu earbud nirwayar dengan rekaan yang lebih ringan dan disertakan teknologi pembatalan hingar aktif.

Foto: PhoneArena