HomeBois tak gentar dengan Team Bosskurr

By Hazril Md Nor | August 13, 2021

HomeBois menunjukkan ‘taring’ mereka di perlawanan kedua dan ketiga sekali gus memberikan kemenangan sulung mereka di musim liga MPL MY S8 hari ini.

PERLAWANAN PERTAMA

31 minit 25 saat. Itulah masa yang diambil oleh Team Bosskurr untuk menamatkan perlawanan pertama MPL MY musim kelapan ke atas HomeBois hari ini.

Team Bosskurr membawa masuk jungler baharu, Sonic yang menggunakan Hanzo. Pada awal permainan, hero ini dilihat kuat dan mampu mendominasi tapi perlahan-lahan lemah pada akhir perlawanan.

Bagaimanapun, kekuatan Hanzo ditunjukkan selepas melakukan serangan bertubi-tubi kepada Nexus pihak lawan dan seterusnya menamatkan permainan itu.

HomeBois dan Team Bosskurr yang berbalas Lord membuatkan game ini dipanjangkan dan nyata ia memberi penonton satu pengalaman menarik pada hari pertama.

PERLAWANAN KEDUA

Di perlawanan kedua, Team Bosskurr sekali lagi mencuba meta agak pelik dengan menjadikan Xborg sebagai jungler. Taktik ini nyata tidak berkesan apabila mereka berdepan Lancelot dimainkan Chibi dari HomeBois.

Lancelot yang kuat pada awal perlawanan memberi ruang kepada HomeBois mematahkan strategi ini.

Dengan 7 jumlah mata bunuh pada game kedua ini, Chibi dianugerahkan MVP. Beliau juga hampir menyiapkan item terakhir sebelum perlawanan ditamatkan kurang dari 11 minit.

Di perlawanan ketiga bagaimanapun, HomeBois membuktikan mereka lebih berdisiplin dan berjaya mengawal perlawanan dengan baik.

Foto: HomeBois