Zelda: Skyward Sword permainan paling laris terjual di USA sepanjang Julai, PS5 ungguli jualan Dollar bagi konsol

By Taib Mohamed | August 16, 2021

The Legend of Zelda: Skyward Sword HD adalah permainan terlaris dijual sepanjang Julai di Amerika Syarikat, menurut NDP Group. Tambahan pula, PS5 ungguli jualan konsol bagai penjualan konsol bulan lalu.

Angka jualan ini menjadikan The Legend of Zelda: Skyward Sword adalah permainan Nintendo pertama yang ungguli carta, selepas Super Mario 3D World pada Februari lalu. 

Sementara itu, Call of Duty: Black Ops Cold War mendapat tempat kedua dan Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin mendapat tempat ketiga. Hasil jualan bagi siri kedua Monster Hunter Stories ini adalah tiga kali lebih baik berbanding siri pertama, Monster Hunter Stories yang dilancarkan di Nintendo DS di US pada Septembe 2017.

Sementara Nintendo ungguli carta jualan permainan sepanjang Julai, bagi peranti, Nintendo Switch mengungguli unit jualan di US, sementara PlayStation 5 ungguli jualan bagi penjualan dollar.

Menurut laporan NDP, jualan peranti permainan video bagi Julai, meningkat sehingga 98% berbanding Julai 2020. Dengan US$323 juta, ia menjadikan Julai 2021 pencapaian tertinggi dalam pembelian Julai sejak 2008 (US$447 juta) semasa pelancaran PlayStation 3, Xbobx 360 dan Nintendo Wii.

Meskipun dengan laporan kekurangan cip yang akan memberi kesan pada kekurangan peranti hingga 2023, Sony menyatakan mereka sempat mendapatkan komponen yang mencukupi untuk mencapai matlamat mereka menjuala PS5 sehingga 22 juta hingga hujung tahun fiskal.

Ini akan menjadikan PS5 akan terus kekal mengungguli penjualan dollar sepanjang tahun ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.