Blade & Soul 2 – Sekuel kepada Blade & Soul akan dilancarkan di Korea bermula 26 Ogos ini

By Hazrul Md Nor | August 16, 2021

Blade and Soul, sebuah permainan MMORPG yang popular di platform PC kini mengumumkan pelancaran sekuel mereka seterusnya Blade & Soul 2 di platform peranti mudah alih. Pernah dilaporkan sebelum ini, mereka membuat keputusan sekuel ini akan difokuskan dalam versi mobile.

Pengumuman itu dibuat di dalam laman web rasmi blade and soul 2 di sini. Berbekalkan grafik yang sangat cantik, ia seakan-akan bermain permainan AAA di platform PC. Blade and Soul menjadi popular disebabkan model karakter yang direka itu menyerupai manusia yang asli dan jalan ceritanya yang menarik.

Selain itu, cara permainan sistem combat mereka sangat luar biasa dan mencabar, pemain diberikan fungsi dodge dan counter bagi menentukan kemenangan di dalam sebuah pertarungan. Ramai pemain dari seluruh dunia memuji bagaimana sistem ini diterapkan di dalam permainan dengan begitu baik sekali.

Tidak banyak perbezaan dari segi combat, Blade and Soul 2 masih mengekalkan resipi yang sama di dalam permainan itu. Jika dilihat pada pautan video di atas, sistem combat yang mencabar itu memberikan ruang kepada pemain untuk menentukan nasib mereka dari “tewas” menjadi menang.

Blade and Soul 2 juga memperkenalkan ciri yang baru seperti Memory Shards, pemain dikehendaki mengumpul shard itu bagi mendapatkan kembali memori-memori untuk mengetahui jalan cerita yang ingin disampaikan di dalam permainan ini.

Bagi yang gemar mereka cipta karakter kesukaan mereka, Blade and Soul 2 menawarkan ciri-ciri pengubahsuaian karakter seakan-akan manusia yang betul. Karakter pemain menjadi begitu detail sehingga alunan rambut ditiup angin, bintik-bintik hitam di muka jelas terpapar di karakter itu.

Selain itu, terdapat banyak juga kostum yang menarik untuk memberikan karisma kepada karakter pemain.

Meskipun akan dilancarkan di Korea pada 26 Ogos ini, ramai di antara Youtuber memberikan khabar angin ia akan mempunyai perubahan bahasa kepada Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, permainan peranti mudah alih Lineage 2M juga mempunyai fungsi yang sama. Walau bagaimanapun, persoalan ini akan terjawab pada 26 Ogos ini, jadi nantikan permainan ini didedahkan kepada umum tidak lama lagi.