Fenomena game POPCAT – klik untuk naikkan ranking Malaysia!

By Mike Hayate | August 16, 2021

Semenjak seminggu ini anda pasti akan nampak kucing mulut besar ini yang dipanggil Popcat.

Banyak laman sosial di Malaysia dilanda demam fenomena Popcat dan ramai orang cuba untuk klik bagi mendapat kedudukan tertinggi bagi negara masing-masing di serata dunia.

Apa itu Popcat?

Popcat.click adalah permainan video mudah jenis clicker yang berasal dari meme.

Popcat mendatangkan gambar kucing yang comel dan akan membuka mulutnya menjadi ‘O’ dan mengeluarkan bunyi ‘pop’.

Malah Syed Saddiq juga menyertai clicker ini untuk menyumbang kepada kedudukan negara sebanyak 21,534 jumlah klik.

 

Malah ada yang membuat klik demi Malaysia!

 

Setakat ini Malaysia berada di kedudukan ketiga di ranking Popcat.

Thailand di tempat pertama dan Taiwan di tempat kedua.

Asal usul Popcat

 

Permainan video Popcat ini diinspirasikan daripada kucing sebenar bernama Oatmeal.

Jadi Popcat ini tujuannya adalah untuk mendapat klik sebanyak mungkin dan itu sahaja semata-mata.

Namun adakah Malaysia hanya akan berada di tangga ketiga? Adakah kita dapat mengejar Thailand?