Bagaimana Pasukan Layak ke Peringkat Dunia 2017?

By gameon_admin | October 17, 2017

Kejuaraan Dunia “League of Legends” bermula pada 23 September 2017 dengan pengenalan peringkat “Play-In” bakal membawa lebih banyak pasukan dari setiap negara bersaing bersama. Berikut adalah cara bagaimana pembenihan dilakukan, kelayakan pasukan dan masa yang sesuai untuk musim panas (split 2) “Playoff” dan kelayakan wilayah. Bagi “League of Legends Champions Korea (LCK)” tiga benih akan dihantar ke peringkat kumpulan. Manakala bagi rantau lain, 2 benih akan dihantar ke peringkat kumpulan dan benih ketiga akan dihantar ke “Play-In”:

  • China – “League of Legends Pro League (LPL)”
  • Europe – “European League of Legends Championship Series (EU LCS)”
  • North America – “North American League of Legends Championship Series (NA LCS)”
  • Taiwan, Hong Kong, Macau – “League of Legends Master Series (LMS)”

Berdasarkan prestasi Liga Perdana Garena di Asia Tenggara (GPL) pada kelayakan musim pertengahan, mereka menerima benih tambahan. Satu benih dihantar ke peringkat kumpulan dan benih kedua dihantar ke peringkat “Play-In”. Di kawasan berikut, satu benih dihantar ke peringkat “Play-In”:

  • Brazil – Campeonato Brasileiro de League of Legends (CBLoL)”
  • Commonwealth of Independent States – “The League of Legends Continental League (LCL)”
  • Japan – “League of Legends Japan League (LJL)”
  • Latin America North – “Liga Latinoamerica Norte (LLN)”
  • Latin America South – “Copa Latinoamerica Sur (CLS)”
  • Oceania – “Oceanic Pro League (OPL)”
  • Turkey – “Turkish Championship League (TCL)”

Bagaimana Pasukan Layak? Terdapat satu cara untuk pasukan dari CBLoL, LCL, LJL, LLN, CLS, OPLS dan TCL boleh melayakkan diri: “Win Summer Playoffs” Terdapat dua cara pasukan dari GPL boleh memenuhi syarat kerana prestasi rantau mereka di MSI:

  • Benih Pertama – Menang “Summer Playoffs”
  • Benih Kedua – Menang “Summer Playoffs expended qualifier”

Terdapat tiga cara untuk pasukan dari LCK, LPL, EU LCS, NA LCS dan LMS untuk melayakkan diri:

  • Benih Pertama – Menang “Summer Playoffs”
  • Benih Kedua – Mempunyai mata kejuaraan yang paling tinggi di akhir “Playoffs”
  • Benih Ketiga – Menang “Regional Qualifier”

Bilakah Musim Panas (Split 2) “Playoffs” di setiap negara? Musim panas “playoffs” berlangsung pada tarikh berbeza di setiap negara:

  • LCK: 8/12 – 8/26, Peringkat Akhir 8/26
  • LPL: 8/22 – 8/26, Peringkat Akhir 9/1
  • EU LCS: 8/19 – 9/10, Peringkat Akhir 9/3
  • NA LCS: 8/19 – 9/10, Peringkat Akhir 9/3
  • LMS: 8/18 – 8/28, Peringkat Akhir 8/25
  • GPL: 8/21 – 8/27
  • CBLoL: 8/19 – 9/2, Peringkat Akhir 9/2
  • LCL: 8/19 – 9/3, Peringkat Akhir 9/3
  • LJL: 8/16 – 8/19, Peringkat Akhir 8/26
  • LLN: 8/14 – 8/26, Peringkat Akhir 8/26
  • CLS: 7/27 – 7/28, Peringkat Akhir 8/19
  • OPL: 8/25 – 9/2, Peringkat Akhir 9/2
  • TCL: 8/5 – 8/13, Peringkat Akhir 8/19

Apakah Kelayakkan Serantau? LCK,LPL,EU LCS, NA LCS dan LMS semuanya memegang kelayakkan serantau selepas pusingan musim panas “Playoffs” untuk menentukan pasukan mana dari rantau mereka akan mendapat benih ketiga ke peringkat dunia. Pasukan disenaraikan dalam kelayakkan serantau berdasarkan kedudukan mata kejuaraan terakhir mereka. Pasukan mendapat mata kejuaraan berdasarkan tempat di mana mereka menamatkan musim “spring” dan “summer split playoffs”. Kebanyakkan kawasan menggunakan format “gauntlet”. Setiap pertandingan dalam kejohanan ini adalah Terbaik 5, dan empat pasukan yang bersaing akan menghadapi satu sesi penyingkiran gaya “gauntlet-style bracket” berdasarkan jumlah mata kejuaran yang mereka hasilkan. Dalam LMS, kelayakkan wilayah ditentukan melalui format “bracket”. Selepas dua perlawanan awal antara perlawanan pertama-keempat dan permainan kedua-ketiga, pemenang dari setiap “duke” akan berlawan di peringkat terakhir. Di manakah saya boleh menonton kelayakan serantau? Kelayakan serantau berlangsung pada tarikh yang berlainan bagi setiap rantau. Setiap sesi perlawanan kelayakkan akan ditayang di lolsports. Untuk masa yang tepat, sila lihat jadual perlawanan.

  • NA LCS: 9/8 – 9/10
  • EU LCS: 9/8 – 9/10
  • LCK: 8/28, 8/30, 9/2
  • LPL: 9/2 – 9/3
  • LMS: 8/26 – 8/28

Sumber: Garena Malaysia