Dataminer menemukan The Last of Us 2 fail multiplayer, kemungkinan mod battle royale

By Taib Mohamed | August 18, 2021

Baru-baru ini, para dataminer menemukan pelbagai lebihan aset daripada siri The Last of Us 2 termasuk fail berbilang pemain, yang kemungkinan berkaitan dengan mod battle royale.

Aset pelbagai pemain ini ditemui oleh Speclizer, seorang dataminer yang memuatnaik video mengenai penemuannya secara terperinci di saluran Youtubenya.

https://youtu.be/9vKTikTO4dE

Melalui penemuannya, satu “alat mod mendengar” dan “TV boleh pegang”, yang kemungkinan membantu pemain di dalam permainan. Selain itu, satu aset “kolar” yang mencadangkan kemungkinan kewujudan anjing di dalam permainan berbilang pemain.

Speclizer juga menghuraikan aset-aset itu. kemungkinan sebuah peta untuk permainan sedang dalam pembangunan, dan ianya cukup besar untuk gaya permainan battle royale. Dataminer itu juga menyatakan mereka menemui “kompas” dan “bilangan pemain” di dalam footage pembangunan itu.

Di dalam aset itu juga terdapat peralatan berbilang pemain, yang kemungkinan pemain ada akses kepada perisai berperingkat.

Walaupun tiada pengesahan bagi battle royale, sistem yang ditemui adalah sama seperti sistem di dalam Apex Legends dan PUBG, di mana pemain diberi pelbagai jenis perlindungan melalui helmet dan vest berperisai. 

Naughty Dog sebelum ini mengesahkan pada 2019 bahawa The Last of Us Part 2 tidak akan disertakan dengan mod atas talian. Ciapan mereka pada ketika itu menyatakan mereka lebih memfokuskan pada kempen pemain tunggal sahaja. Meskipun begitu, mereka juga menyatakan pemain akan dapat merasai pengalaman berpasukan, pada masa akan datang. 

Pada awal tahun ini, senarai mencari kerja mendedahkan Naughty Dog sedang mecari pekerja membabitkan pelbagai pemain. Namun ianya masih belum jelas sama ada ianya adalah projek standalone bagi Faction daripada The Last of Us atau tidak.

Walaubagaimanapun, penambahan mod battle royale di dalam siri yang bertemakan pasca-apokaliptik bersama permainan Faction adalah satu gabungan yang cukup menarik dan unik.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.