Veteran-veteran studio gaming sedang membangunkan game PvP FPS baru, karya seni pertama didedahkan

By Taib Mohamed | August 19, 2021

Barisan veteran atau alumni daripada sebilangan studio permainan yang menjadi pemain industri permainan kini dikumpulkan di bawah satu bumbung. 

Mountaintop Studio adalah sebuah studio baru yang diasaskan oleh Nate Mitchell iaitu pengasas bersama Oculus, kini sedang membangunkan satu permainan PvP FPS baru. Namun, buat masa ini, nama bagi permainan itu masih belum diumumkan.

Tetapi, mereka baru-baru mendedahkan satu karya yang akan menggambarkan bagaimana gambaran atau konsep yang akan dipamerkan di dalam permainan itu nanti. 

Sumber: Mountaintop Studio

Melalui karya konsep itu, menunjukkan suasana bandar pada masa depan, dengan beberapa kapal kargo yang terbang di udara. 

Studio yang diasaskan pada musim panas tahun lalu ini terdiri daripada 35 pembangun dari pelbagai studio seperti Epic, Blizzard, Naughty Dog, Respawn, Infinity Ward, Ubisoft, Raven, Turtle Rock, Double Fine, PopCap dan Oculus.

Mereka baru-baru ini berjaya mengumpul USD30 juta daripada pelabur yang berminat untuk melabur dalam pembangunan permainan pertama mereka itu.

“Secara falsafahnya, kami percaya dalam menemukan versi terbaik permainan kami, adalah melalui penjelajahan, hasilkan prototaip, uji main dan dorongan yang konsisten. Kami telah uji main permainan ini sejak hari pertama kami di studio dan ia membawa perubahan yang besar kepada kami.” kata Nate Mitchell di dalam blog Mountaintop.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian yang terawal untuk uji main versi Alpha permainan mereka, sertai newsletter Mountaintop di SINI

Sumber: gamespot.com