Selamat Berpuasa! 11 Gamers Berkongsi Aktiviti Mereka Sepanjang Ramadhan Tahun Ini

By Hazril Md Nor | May 17, 2018

Ramadhan, satu bulan mulia untuk kita berhenti seketika dari macam-macam hal termasuklah aktiviti yang kita selalu buat – iaitu gaming. Bukan apa, kadang-kadang terlajak main game sampai tak ingat nak solat Tarawih. Last-last, Tarawih ke mana, Subuh pun entah ke mana!

Tapi di bulan Ramadhan ni, bukan saja game tapi banyak lagi aktiviti yang perlu dikurangkan. Bagi komuniti gamers sendiri, mereka mempunyai cabaran tersendiri tapi pada masa yang sama di bulan mulia ini adalah satu pelepasan untuk buat sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diri sendiri. 

Apa aktiviti gamers ni sepanjang Ramadhan? Jom ikuti temu bual bersama mereka!

1) Siti Nurshaiedah aka Edah Dota Girl
– Gamer, Streamer
– Permainan Kegemaran: Dota 2

Sempena bulan yang mulia ini, saya akan melakukan solat sunat Tarawih pada malam hari atau menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. So memang kurang bermain game. Tapi saya akan memilih waktu selepas Tarawih sampai ke waktu sahur utk bermain game (jika tidak bekerja keesokkan hari). Sekurang-kurangnya 2 jam sehari.

Apa yang paling mencabar tentunya menahan diri dari melatah , menyumpah atau marah ketika strim.

 

2) Nolie Syahana aka Kryskalyst 
– Gamer, Streamer
– Permainan Kegemaran: CS:GO

Sama je macam dulu (streaming). Tapi kali ini saya akan mula main game apabila selesai solat Tarawih bersama keluarga dan apabila kelapangan saja. Kali ini, tiada pemilihan game yang khusus untuk strim jadi saya akan tetap bermain CS:GO, Overwatch dan game lain yang biasa dimainkan.

 

3) Azrul Anwar aka j hunter/janda hunter
– Gamer/Streamer/Caster
– Permainan Kegemaran: Street Fighter/Resident Evil

Untuk malam ramadhan, selepas Tarawih, saya rancang untuk ke gym, buat workout untuk menjaga kesihatan, maklumlah disebabkan streamer antara yang berumur, penting menjaga pemakanan dan senaman untuk menggantikan waktu siang yang kurang aktif. Selepas gym, baru rancang untuk stream kalau mampu sampai waktu sahur.

Untuk bulan puasa, rancangan awal adalah untuk stream sebelum berbuka, dan sebelum sahur. Sesi bermain game selalunya 2-4 jam.
Game yang dirancang pada bulan puasa lebih kepada adventure dan retro kerana mengenang bulan Ramadhan waktu kecil, banyak bermain game RPG, Adventure dan sebagainya.

 

4) Aiman Roshizam aka Sekaiichi
– Pemain Professional FIFA Online 3, Caster
– Permainan Kegemaran: semua permainan berkonsepkan bola sepak (FIFA Online 3, FIFA, PES, FIFA Mobile)

Tawaran job yang agak kurang dalam bulan Ramadhan membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan yang selalunya sangat susah nak jumpa kerana komitmen.

Pada saya, walaupun bulan ini lebih sesuai untuk beribadah, penganjur boleh membuat aktiviti seperti berbuka puasa antara komuniti. Mungkin tournament boleh diadakan sebelum berbuka dan kemudiannya berbuka puasa secara potluck dan solat Tarawih berjemaah untuk mengeratkan perpaduan antara komuniti.


5) Ameerah Idros aka TheNeverOne
– Gamer/Streamer/League of Legends Community Enthusiast
– Permainan Kegemaran: League of Legends

Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya akan stream game seperti biasa, cuma dilewatkan sedikit selepas solat Tarawih. Biasanya dalam 2 hingga 3 jam. 

Saya akan bergilir stream game-game yang selalu saya main seperti League of Legends, PUBG, WARFRAME dan adakalanya story games seperti Life is Strange. Jadi jemputlah datang ke page saya!

 

6) Muhammad Farouq aka FLAVA
– Gamer/Streamer/Caster/Host
– Permainan Kegemaran: PUBG, Dota 2

Di bulan Ramadhan biasanya saya akan luangkan masa bersama keluarga di rumah. Disebabkan terlalu sibuk dengan event hampir setiap hujung minggu, saya jarang mendapat peluang untuk bersama-sama dengan keluarga di rumah. Ada baiknya kurang permintaan untuk berkerja semasa bulan Ramadhan.

Jika saya terpaksa membuat pilihan, saya rasa bulan Ramadhan tidak sesuai untuk mengadakan pertandingan. Kebiasaannya pertandingan akan berlangsung sehingga pukul 9 atau 10 malam. Saya rasakan ibu bapa kita mesti mahu berbuka puasa atau solat Tarawih bersama dengan anak-anak. Mungkin pada bulan yang mulia ini, kita boleh memberikan lebih perhatian dan meluangkan masa kepada keluarga. Tidak salah untuk mengadakan pertandingan pada bulan Ramadhan, ini hanya pandangan saya.

Saya bercadang untuk membelikan pakaian raya untuk kedua ibu bapa kerana saya telah pun bekerjaya dan ingin membalas jasa baik mereka. Saya banyak membuat dosa dengan kedua ibu bapa saya dengan terlibat dalam e-sukan apabila mereka tidak merestuinya. Curi keluar rumah untuk bekerja dan membuat mereka marah dengan melibatkan diri dengan permainan video bak kata mereka.

 

7) Mohd Zulshahrin Zulkifli aka King Zyzz
– Gamer/Pemain Professional Mobile Legends 
– Permainan Kegemaran: Mobile Legends

Boleh dikatakan saya akan kurang bermain game tapi sememangnya jiwa game tak boleh berpisah (hehehe). Tapi pada masa sama amal ibadat pun mesti kena balancekan. Mungkin waktu lepak dengan kawan menunggu sahur boleh main Mobile Legends sekejap dan kemudian selepas sahur boleh terus tunaikan solat Subuh.

Bagi saya Ramadhan kali ini mengajar yang game tu seharusnya dikurangkan. Amal ibadah harus didahului.. Waktu bermain game hanya apabila kelapangan saja. 

 

8) Nur Amirul Afandi aka AmTuah
– Gamer/Pemain Profesional siri FIFA
– Permainan Kegemaran: FIFA

Sempena Ramadhan yang datang setahun sekali ini, saya akan lebih memfokuskan untuk beribadat, since tournament besar pun tiada jadi saya akan kurangkan sedikit bermain game. Saya tetap akan bermain Fifa. Jadual saya seperti ini; sahur pada jam 4pagi dan sementara menunggu subuh, saya akan buat latihan. Dan pada sebelah malam, selepas Tarawih saya akan training dalam sejam.

Ramadhan kali ini sangat bermakna bagi saya kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk merasai bulan mulia ini. Plus, saya akan menyambut Ramadhan dengan team yang baru.

 

9) Said Za @ Muhammad Said aka CortX
– Gamer, streamer, pengasas CX Gaming
– Permainan Kegemaran: Genre MOBA seperti Dota 2, HoTS dan Mobile Legends.

Untuk Ramadhan ini saya akan habiskan bermain God of War, A Way Out bersama Vivy dari Ai Gaming yang juga ahli CX Gaming. Untuk strim istimewa Ramadhan, saya akan main satu game baru iaitu Detroit: Become Human. Siapa yang minat drama boleh lah join tengok sekali. Tapi rabak juga lah nak beli game tu sebab mahal!

Bagi mereka yang ingin mengikuti strim saya sempena Ramadhan ini, rajin-rajinlah jenguk page ya!

 

10) Qistina Iman aka Kisscium
– Gamer/Fighting Games Community Enthusiast (MYFGC)
– Permainan Kegemaran: League of Legends, 7 Days to Die, Final Fantasy Series, Dragon Age

Tahun ini, kami (MYFGC) akan mengadakan satu lagi aktiviti berbuka puasa bersama komuniti. Kalau dengan member-member gaming, kita orang akan cari set buffet paling best! (that’s why I am proud and fat) HEHE. Buat sementara ini, saya tak ada perancangan untuk menyertai aktiviiti kebajikan tapi ketika acara Buka Puasa FGC nanti, kami akan adakan aktiviti kebajikan bersama rumah anak yatim (nantikan update ya!).

Selain itu, saya juga berharap mereka yang strim dan selalu main game untuk belajar bersabar dan kurangkan bahasa kasar. Banyakkan spend time dengan family (ni paling penting!).

 

11)  Mohd Hazeeq aka Maxhaze
– Gamer, Streamer
– Permainan Kegemaran: Siri Final Fantasy

Selalunya akan stream variety. Bulan puasa ini, akan stream lewat sikit dan kalau boleh nak teman penonton sampai sahur. Tengah fikir lagi nak buat challenge God of War pada difficulty Give Me God of War dengan menggunakan gear lvl1 sahaja (selamba!) atau main Horizon Zero Dawn. Maybe juga saya akan main Pokemon moe mod nuzlok challenge.

Kalau sebelum ini selalunya waktu stream bermula pada jam 9 malam, tapi memandangkan bulan ramadhan seeloknya selepas Tarawih atau boleh juga buat petang sebelum berbuka puasa bagi viewers terhibur sekejap menantikan iftar. 

—–

Nota editor: Ramai gamers bersetuju untuk kurangkan aktiviti gaming pada bulan mulia ini. Macam mana pula dengan korang yang lain? Apa pulak perancangan korang sepanjang Ramadhan ni?