Diggie Feeder membuatkan EBLZ termenung, RSG menang 2-0

By Hazrul Md Nor | August 22, 2021

Perlawanan permulaan pada hari ini menyaksikan pasukan EBLZ menentang juara musim ketujuh, RSG Malaysia. EBLZ harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka.

PERLAWANAN PERTAMA

RSG berjaya mendapatkan tempo untuk peringkat awal permainan, Mom yang dibantu oleh Zacus pantas mendapatkan farming yang diperlukan untuk mendapatkan core item untuk Natan. Hasilnya, Mom berjaya memberikan damage yang sangat tinggi kepada pasukan EBLZ.

Pasukan EBLZ cuba untuk menumbangkan Mom untuk mengurangkan kekuatan RSG, namun beliau dijaga dengan baik sekali dan pasukan RSG Malaysia menang dengan mudah pada minit ke-8. EBLZ langsung tidak mempunyai jawapan untuk permainan yang cukup agresif dari RSG.

Tidak hairan gelaran MVP diberikan kepada Mom untuk perlawanan pertama ini, beliau menggunakan kebolehan hero Natan dengan sebaiknya untuk mengeluarkan damage yang sangat tinggi kepada pasukan EBLZ.

PERLAWANAN KEDUA

RSG menggunakan taktik Diggie feeder untuk menganggu Kuz4 mendapatkan farming yang diperlukan dan ianya sangat berkesan kerana pasukannya mudah mendapatkan turtle dan purple buff. RSG berjaya mengatasi EBLZ dari segi turret yang dimusnahkan dan mereka juga mengawal peta setakat ini. Pada minit ke-6, Mom sudah mencapai level 10 manakala Kuz4 masih di level 7.

Perbezaan gold yang dimiliki kedua-dua pasukan begitu ketara pada minit ke-11 menyebabkan EBLZ tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kuz4 yang tidak berupaya mendapatkan farming dengan baik berikutan asakan dari Diggie menyebabkan EBLZ tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk mempertahankan base mereka dari dimusnahkan. RSG mendapatkan kemenangan bersih pada minit ke-11. 

Mom sekali lagi mendapat gelaran MVP di atas prestasi yang cemerlang sebagai Hayabusa. Nampaknya bantuan yang diberikan oleh Diggie untuk menganggu Kuz4 sangat-sangat berhasil, Mom bebas mendapatkan core item tanpa sebarang gangguan, pasukan EBLZ sukar untuk menghentikan Diggie yang menjadi sangat menjengkelkan di dalam peta.