Seorang pencipta permainan video mengabadikan abangnya ke dalam game

By Mike Hayate | August 23, 2021

Pasti membuat anda terharu apabila seorang pencipta permainan video digelar Guild Of Dragons mengabadikan abangnya di dalam permainan video ciptaan sendiri sebagai seorang tukang besi.

Disertakan dengan kreativiti yang selalu diberikan oleh developers pasti akan ada sesuatu yang spesifik di dalam satu permainan video itu.

Sebagai contoh di dalam The Last Of Us yang mempunyai klu untuk kejadian yang menyebabkan wabak menyerang di dalam dunia The Last Of Us.

Di dalam Guild Of Dragons pula pencipta itu mengabadikan abangnya sebagai seorang blacksmith.

“Abang saya sentiasa memberitahu dia mahu belajar untuk menjadi tukang besi, jadi saya membuat model seorang tukang besi di dalam satu bangunan dan berdasarkan rupa abang saya sendiri.”

Guild Of Dragons adalah permainan video yang seakan-akan Skyrim tetapi sebaliknya naga-naga di dalam dunia itu tidak menganggap manusia sebagai makanan.

Rujukan: GamingBible