Stardew Valley kini rasmi sebagai e-sukan dengan hadiah kira-kira RM168,000

By Taib Mohamed | August 24, 2021

Eric Barone, pencipta Stardew Valley secara rasmi mengumumkan Stardew Valley Cup.

Stardew Valley Cup akan meletakkan empat pasukan bersaing antara satu sama lain iaitu Sandy’s Candies, Pierree’s Cherries, Pam’s Yams dan Krobus’s Crocuses.

Empat pasukan ini akan bersaing antara satu sama lain di pertandingan itu pada 4 September di mana mereka perlu selesaikan tugasan untuk memperoleh mata dan hadiah hampir AS$40,000.

Pertandingan itu disusun oleh Unsurpassable Z, seorang YouTuber yang dikenali dalam menghasilkan kandungan tentang permainan itu. 

Di dalam satu video, Unsurpassable Z menerangkan mereka perlu menghasilkan senarai ratusan cabaran untuk dipertandingan di dalam pertandingan ini.

Setiap cabaran yang diselesaikan akan memberi mata yang pelbagai yang mana telah dikira-kira oleh Unsurpassable Z dan ditetapkan mengikut tahap kepayahan dan mereka perlu bersaing untuk kumpul mata itu dalam tempoh yang sudah ditetapkan. 

Cabaran di dalam Stardew Valley Cup ini adalah di antara menyelesaikan tugasan di pusat komuniti hinggalah sampai di lantai ke-100 di Skull Cavern. 

Setiap pasukan diberi masa dua minggu untuk bersedia dengan senarai yang diberikan dan terdapat juga lima cabaran yang ditambah yang tidak diketahui oleh pasukan-pasukan ini. 

Dengan populariti yang semakin meningkat, ianya tidak mustahil untuk melihat satu pertandingan diadakan khas untuk Stardew Valley.

Sebelum ini, Stardew Valley telah diport ke Switch, peranti mudah alih dan konsol, dan ia akan tiba di Xbox Pass kemudian pada tahun ini, sementara permainan papan Stardew Valley yang diumumkan pada awal tahun ini.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI