Skin terbaru VALORANT, Recon Skin Line dilancarkan secara rasmi

By Taib Mohamed | August 24, 2021

VALORANT melancarkan skin senjata terbaru mereka, Recon Skin Line melalui kemaskini terbaharu.

Diinspirasikan oleh tema ketenteraan dan ‘modern shooter’, skin senjata terbaru ini dihasilkan untuk memberikan pengalaman visual seperti berada di medan perang, seperti yang dirasai oleh pemain PUBG, Rainbow Six dan lain-lain permainan kombat peperangan.

Rekaan skin ini menampilkan perubahan model secara rawak, Butterfly Knife sebagai senjata melee dan varian warna untuk Butterfly Knife.

“Recon adalah skin senjata yang sangat mengujakan untuk dibangunkan kerana terdapat Butterfly Knife,” kata pembangun. “Kami menghabiskan banyak masa menonton video untuk memperlajari trik butterfly knife ini, bagaimana permainan lain menggunakannya, demi memberikan pengalaman yang menarik.

“Sebaik saja lengkap dengan animasi, kami berasa gembira melihat ramai yang guna, periksa dan menyerang (menggunakan Butterfly Knife Melee) hanya untuk melihat animasi trik pisau itu di tangan karakter,”

Recon Skin Line akan tiba di stor dalam permainan VALORANT dalam kemas kini akan datang, dengan harga 7,100 VALORANT Point. 

Jangan lupa untuk tambah nilai VP dan dapatkan sehingga 2,000 bonus VP. Tambah nilai di pautan INI.